Pekerja restoran meletakkan cair pembasmi kuman di tempat duduk meja pelanggan semasa mula beroperasi pada hari ke - 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid- 19 di Restoran Hadramawt Palace, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19, kakitangan Hadramawt Palace telah memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sejak dibenarkan beroperasi semula pada 5 Mei lalu.

Restoran Arab terkenal di ibu kota itu memperkenalkan pemakaian penghadang muka, topeng hidung dan mulut serta dan sarung tangan bagi mematuhi antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengurus Operasi Hadramawt Palace, Azrina Mohamad Gani berkata, pihaknya sangat komited mengikut garis panduan, selain merekod butiran pelanggan yang datang – iaitu nama penuh, nombor telefon serta mengambil suhu badan pekerja dan pelanggan.

“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial.

“Pada masa sama, hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disediakan cecair pembasmi kuman.

“Apa yang kami lakukan ini bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini semalam.

Pengurus Operasi Hadramawt Palace, Azrina Mohamad Gani bercakap ketika ditemubual selepas mengagihkan bungkusan roti arab untuk diagihkan kepada warga Hospital Kuala Lumpur yang juga barisan hadapan susulan penularan wabak Covid-19 di Restoran Hadramawt Palace, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

Hadrawath Palace yang beroperasi sejak tahun 2012 merupakan restoran menjadi pilihan utama pelancong Timur Tengah dan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu masakan Arab dan Timur Tengah.

Antara menu popular yang disediakan yang terletak di Bukit Bintang itu adalah Lamb Mandy dan Chicken Mandy, selain variasi makanan pencuci mulut.

Mengulas lanjut, Azrina menambah, sejak arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP), restoran itu tidak beroperasi dan hanya menumpukan kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.

Pekerja restoran melakukan kerja-kerja mengemas semasa mula beroperasi pada hari ke – 5 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid- 19 di Restoran Hadramawt Palace, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2020

Pada masa sama, jelas beliau, Hadrawath turut menerima tempahan bagi program korporat tanggungjawab sosial untuk sumbangan nasi Arab kepada barisan petugas hadapan.

“Sama ada menikmati menu kami di sini atau dibawa pulang, pihaknya kami sentiasa menitikberatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 ini.

“Namun pelanggan juga perlu bersedia menghadapi perubahan kehidupan dengan adanya ‘normal baharu’ ini,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur di talian 03-21433333 atau cawangan Melaka di talian 016-6699444. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast