Mohd. Shafie Apdal, Semporna, Parlimen, calon
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sabah membenarkan beberapa sektor dibuka hari ini.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sektor-sektor seperti makanan dan peruncitan, pengangkutan awam, kesihatan dan rehat serta beriadah di taman-taman awam dibolehkan beroperasi bermula hari ini.

Namun begitu, pelaksanaan kesemua aktiviti berkenaan adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, tegasnya.

“Kerajaan negeri menggesa semua rakyat untuk terus mengamalkan kawalan kendiri, kebersihan peribadi dan kesihatan keluarga dan perlu sentiasa menghormati orang lain apabila berada di luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aktiviti peruncitan merangkumi kompleks membeli-belah, pasaraya, farmasi, butik pakaian, perkhidmatan dobi, kedai perabot, emas, elektrik dan elektronik, peralatan, komputer, bengkel membaiki kenderaan, kedai haiwan dan cermin mata.

Aktiviti makanan pula melibatkan restoran, medan selera dan gerai, trak saji, pasar, pasar malam dan kedai runcit.

Kerajaan negeri juga menurut Shafie, membenarkan teksi, kereta sewa, e-hailing, bas, keretapi dan perkhidmatan pelabuhan darat serta terminal bas dan teksi untuk memulakan semula operasi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast