Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. foto IQBAL BASRI, 04 APRIL 2020.
KUALA LUMPUR – “Selamat berehat tuan.” 
Itu adalah salah satu daripada 527 komen terhadap ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan beliau dan pasukannya diberi cuti hari ini.
“Hari ini saya & pasukan saya diberi peluang utk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dlm respon & kesiapsagaan KKM menghadapi COVID-19. Walaupun tiada sidang media dijadualkan, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul menyalurkan maklumat terkini,” katanya di laman Twitter.
Ciapannya itu menjawab persoalan mengenai berita yang diterima oleh pihak media bahawa tiada sidang media dibuat hari ini dan perkembangan terbaharu Covid-19 hanya dimaklumkan menerusi kenyataan.
Sidang media harian yang dikendalikan Dr Noor Hisham sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang mahu mengetahui perkembangan terkini Covid-19.
Cara beliau menjawab setiap soalan dengan tenang dan menggunakan bahasa mudah menyebabkan sidang media setiap jam 5 petang sebelum Ramadan dan jam 4 petang sepanjang umat Islam berpuasa umpama menduduki carta popular.
Ruangan komen di ciapan rata-rata mendoakan kesejahteraan Dr Noor Hisham dan pasukannya yang bertungkus lumus sejak Disember lalu.
Warganet menyifatkan mereka sememangnya layak diberi cuti untuk meluangkan masa berbuka bersama keluarga walaupun sehari. – MalaysiaGazette
9.9 retweet, 21k likes

2 Komen

  1. Selamat berehat Tuan Doktor, semoga sentiasa sihat dan diberikan kekuatan bagi melawan Covid19 ini.
    Terima kasih.

  2. Selamat berehat Datuk Dr n team…semoga usaha Datuk dan team di rahmati dan d permudahkan Allah….Kami di sini menyokong dan ikut arahan….
    Rindu pula bila tak ada sidang media covid….nak tahu perkembangan terkini covid..

Comments are closed.