Mbappe diramal mempunyai potensi cerah menggantikan tempat Ronaldo dan Messi sebagai superstar dunia bola sepak untuk beberapa dekad akan datang.

LONDON – Arsene Wenger meramalkan Kylian Mbappe akan mengambil alih kedudukan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia.

Messi dan Ronaldo telah mendominasi dunia bola sepak lebih sedekad lalu tetapi kedua-dua pemain superstar itu kini menghampiri penghujung karier masing-masing.

Bekas Pengurus Arsenal itu percaya Mbappe yang memiliki rekod 90 gol dalam 120 perlawanan bersaa Paris Saint Germain (PSG) akan menjadi superstar dalam dunia bola sepak.

“Lionel Messi..kita tidak pernah melihat pemain seperti dia yang sangat licik dan kreatif di gawang gol pada mana-mana situasi getir.

“Pemain-pemain ini Messi dan Ronaldo menghampiri penghujung karier mereka.

“Tiba masa untuk memikirkan mengenai generasi masa depan dan generasi masa depan berkemungkinan seorang warga Perancis.

“Buat masa ini pemimpin itu berkemungkinan Mbappe, walaupun Neymar masih menyinar,” katanya.

Pada masa yang sama Wenger tidak menolak kemungkinan pemain terbaik dunia berpotensi wujud dari England.

Katanya, England kini mempunyai peluang terbaik mengisi slot itu kerana negara itu dikatakan menunjukkan perkembangan terbaik dalam pembangunan belia dalam arena bola sepak.

“Mereka telah mempamerkan terbaik menerusi Gareth Southgate di pentas Pialam Dunia dan saya yakin mereka juga akan menjadi salah satu pasukan pilihan juara di pentas Kejuaraan Piala Eropah,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pengurus Gunners iaitu Unai Emery juga teragak-agak untuk mencadangkan bahawa Mbappe akan mendominasi podium anugerah pemain terbaik dunia Ballon d’Or pada tahun-tahun akan datang.

“Saya tak pasti jika ia adalah Mbappe untuk anugerah Ballon d’Or.

“Dia sememangnya masih muda lagi, keupayaa dan bakat untuk encapai tahap itu, tetapi saya belum cukup berani mencadangkan secara spesifik,” tegasnya.

Mbappe kini mendahulu senarai teratas perpindahan ke Real Madrid sejak beberapa tahun lalu dan Emery percaya pemain berusia 21 tahun itu akan cemerlang dalam La Liga Sepanyol.

“Memang dia ada keupayaan itu untuk menempah sejarah dalam La Liga

“Apabila saya berada di Perancis, saya gembira dia ada di sana dan apabila saya ke England, saya pernah bercita-cita mahu pemain berbakat itu beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan jika saya kembali ke Sepanyol, mahu dia beraksi di sana juga.

“Kita bernasib baik mempunyai dua pasukan terbaik dunia iaitu Barcelona dan Real Madrid dn mahu legasi kedua-dua pasukan itu dalam memiliki pemain terbaik dunia diteruskan,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast