Gelagat penduduk susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Selayang Baru, Selayang. foto FAREEZ FADZIL, 07 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas petang ini.

Perutusan khas yang akan disiarkan secara langsung pukul 2 petang ini dibuat menjelang dua hari lagi tamat tempoh Perintah Kawalan Diperketatkan Bersyarat (PKPB).

Pelaksanaan PKPB diumumkan Muhyiddin pada 1 Mei lalu selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada mulai 18 Mac lalu diikuti dengan PKP Diperketat di beberapa kawasan dengan yang terbaharu di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

PKP fasa keempat PKP dijangka berakhir 12 Mei ini dan rakyat tertunggu-tunggu pengumuman petang ini sama ada ia akan dilanjutkan lagi atau sebaliknya terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei ini.

Pelaksanaan PKPB menyaksikan hampir kesemua aktiviti ekonomi digerakkan semula manakala kegiatan harian seperti riadah serta beberapa kategori sukan dibenarkan dengan syarat pematuhan penjarakan sosial.

Pandemik Covid-19 yang mula menular di Malaysia Disember lalu telah mengakibatkan 108 kematian sehingga semalam dan 6,589 kes positif. – MalauysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast