Gambar hiasan

UMNO..
Lahirmu disambut dengan penuh syukur..
Dirimu adalah lambang sebuah perjuangan yang luhur..
Membela agama, bangsa & tanah leluhur..
Siang malam penindas terus digempur..

UMNO..
Dahulu namamu megah dipuncak dunia..
Menjadi lambang kebangkitan bangsa..
Besar jasamu tidak terkira..
Mengharum nama Melayu & Islam seantero dunia..

UMNO..
Namun namamu juga pernah dihina dicela..
Angkara pemimpinmu yang tamak haloba..
Bersengketa, berseteru demi kuasa dan harta..
Hingga berantakan bangsa angkara gila mereka..

UMNO..
Ramai kini hidup mewah keranamu..
Tidak kurang juga yang masih susah seperti dahulu..
Bukan kerana mereka tidak mahu maju..
Tetapi dilupa oleh Melayu berkuasa & kaya itu..

UMNO..
Kini dirimu tidak segagah dahulu..
Ramai yang telah berjaya meninggalkanmu..
Malah ada membencimu bak seteru..
Jujurnya, kisah laramu cukup pilu..

UMNO..
Namun begitu, janganlah dirimu bersedih..
Kerana masih ada anak bangsa yang kasih..
Luka & dukamu kan dirawat hingga pulih..
Insyaallah, dirimu pasti gagah dan kembali dipilih..

Oleh: Prof. Dr. Haim Hilman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast