Amiens memulakan prosiding mahkamah ke atas keputusn Ligue 1 yang menamatkan saingan musim yang masih berbaki 10 perlawanan dan menyingkir dua pasukan tercorot yang dianggap keputusan tidak adil dan mencabul mutu kesukanan.

PARIS – Amiens memulakan prosiding undang-undang ekoran penyingkiran secara tidak adil oleh Ligue 1 Perancis selepas musim ini ditamatkan awal ekoran Covid-19.

Paris Saint Germain dianugerahkan gelaran juara April lalu dengan Amiens da Toulouse tersingkir selepas musim 2019-20 dibatalkan.

Amiens menduduki tangga ke-19 iaitu empat mata di belakang Nimes dengan berbaki 10 perlawanan.

Presiden kelab itu, Bernard Joannin berkata, mereka akan melawan keputusan tidak adil itu di mahkamah.

Bercakap dalam sidang media kata Bernard: “Kita mendapati keputusan Ligue 1 bertentangan dengan keadilan kesukanan dan ia ada satu hukuman liga domestik kepada kelab kecil seperti kami.

“Kami dipaksa ke dalam perjuangan ini dan diheret ke mahkamah untuk mencbar dan menidakkan keputusan Ligue 1 itu.”

Awal Mei ini, Amiens melancarkan petisyen menuntut Badan Pemantau Ligue 1 memberi penjelasan terhadap keputusan yang dianggap tidak adil itu.-MalaysiaGazette