Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang lulus permohonan dijangka dilakukan pada akhir Jun 2020, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

LHDNM akan memproses permohonan selepas tarikh tutup iaitu pada 15 Mei ini.

Justeru, semakan permohonan boleh dibuat bermula minggu pertama bulan Jun.

PKS mikro yang layak disaran untuk segera membuat permohonan sebelum tarikh tutup itu.

“Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu https://gkp.hasil.gov.my/.

“Permohonan secara manual tidak akan diterima,” kata LHDNM menerusi kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast