Dr. Kamarul Zaman Yusoff

YANG mula-mula menyebut “Perikatan Nasional tidak wujud”, “kerjasama politik yang wujud antara Muafakat Nasional dan BERSATU hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar” dan “jika BERSATU sebenarnya tidak bersama Muafakat Nasional, dan tidak juga bersama Pakatan Harapan, apa logiknya BERSATU boleh menang di mana-mana kawasan sekalipun?” pada 3 Mei lalu adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kenyataan media beliau boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/708420685885440/posts/3105576932836458/

Yang mengulangi menyebut “sekarang ini UMNO berkata kami akan bertanding di semua kawasan biasa kami, termasuk yang diduduki oleh BERSATU dan bekas-bekas UMNO yang keluar daripada UMNO, jadi apa kedudukan BERSATU, di satu pihak mereka tak dapat sokongan daripada UMNO, di pihak yang lain mereka juga tidak dapat sokongan daripada Pakatan Harapan, jadi tinggal BERSATU ini terkontang-kanting, tak ada daratan, tak tahu di mana, dan sudah tentu jika ada pilihan raya tak mungkin BERSATU kekal pun, besar kemungkinan BERSATU akan kalah teruk” pada 9 Mei lalu adalah bapa Mukhriz, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ucapannya boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=1363340433860834

Yang kemudiannya menyebut lagi “Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa mereka melalui Muafakat Nasional akan menggempur semua kerusi yang dipertandingkan oleh BERSATU dan sekutu BERSATU di dalam PRU-15 nanti” dan “Di kala itu, sekiranya kita tidak melakukan apa-apa, soalan saya, di manakah kedudukan BERSATU? Ke Pakatan Harapan tidak, ke Muafakat Nasional pun tidak. Kita menjadi pihak ketiga yang paling marginal berhadapan dengan dua blok Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional pada PRU-15 nanti. Apakah nasib BERSATU pada waktu itu nanti? Apakah masih ada masa hadapan buat parti keramat ini?” pada hari ini, 13 Mei adalah Dr. Maszlee Malik. Kenyataan media beliau ini boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/151709604900321/posts/3940776085993635/

Isu ini sebenarnya telah saya bangkitkan pada awal pagi 10 Mei lalu, dalam mana saya menyebut “penolakan orang-orang Melayu ke atas DAP adalah satu perkara yang tidak boleh ditakwilkan lagi, tetapi penolakan UMNO (dan Pas) untuk bekerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15 adalah satu perkara yang belum diputuskan secara mutlak dan boleh dirundingkan” dan “Jika UMNO dan Pas dapat meneruskan kerjasama menghadapi PRU setelah hanya setahun setengah bersama dalam kerajaan campuran, apakah tidak mungkin BERSATU, UMNO dan Pas meneruskan kerjasama menghadapi PRU setelah tiga tahun bersama dalam kerajaan?”. Tulisan saya ini boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3232982676745768&id=100001022016761

Alhamdulillah, pada malam 10 Mei itu juga sahabat saya, Datuk Dr. Noor Azizan, menanyakan isu ini kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Segmen Wawancara Khas bertajuk “Menelusuri Perubahan Landskap Politik Alaf Baharu” bersempena Hari Ulang Tahun UMNO yang boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/629982280925901/?v=629982280925901

Di dalamnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyebut: “Soal yang berada di hadapan kita sekarang ialah Perikatan Nasional mahu diformalisekan atau mahu didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan pelbagai parti-parti yang lain… Kita tidak pernah menutup pintu untuk duduk di meja perundingan bagi menentukan mengenai bagaimana duduk sebenarnya Perikatan Nasional ini kelak… Yang tersiratnya ialah pintu sentiasa terbuka. Saya tidak mahu membuat sebarang unjuran di sini, jauh lagi daripada melakukan spekulasi, tapi sebagai sebuah parti Melayu UMNO tentunya mempunyai ruang yang amat terbuka untuk menyatakan keterbukaan kita dalam menentukan bahawa agenda negara kita diberikan keutamaan berasaskan kepada Islam, Melayu, etnik pribumi dan kepentingan pelbagai golongan masyarakat dan warga Malaysia sekarang ini.”

Pada tengah hari 12 Mei pula, sahabat saya, Ir. Khairil Nizam Khirudin, selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media yang boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/479387615411779/posts/3576623475688162/

Di dalamnya, Ir. Khairil Nizam Khirudin menyebut empat pandangan Dewan Pemuda Pas Malaysia mengenai “Kesefahaman dan Kesepaduan Perikatan Nasional” termasuklah yang berbunyi: “Muafakat Nasional, GPS & BERSATU perlu duduk semeja melalui Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional untuk membincangkan secara tuntas terma-terma dan perincian di dalam perlembagaan/piagam Perikatan Nasional sebelum ianya diinstitusikan”.

Ini seterusnya diikuti oleh keluaran satu kenyataan media oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Barisan Nasional pada petang 12 Mei yang boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/407262292721295/posts/2911042925676540/

Di dalamnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada hari itu sebulat suara membuat empat ketetapan termasuklah yang berbunyi: “Berhubung pendaftaran Perikatan Nasional secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, Barisan Nasional berpandangan Barisan Nasional perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing”.

Ringkasnya, perkembangan sejak tiga hari terakhir ini memberi petanda yang jelas mengenai kesediaan BERSATU, UMNO dan Pas berunding bagi menginstitusikan Perikatan Nasional dan bagi meneruskan kerjasama menghadapi PRU seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Hanya mereka yang tidak mengikuti perkembangan semasa seperti Dr. Maszlee Malik sahaja yang masih melaung-laungkan ungkapan yang sebelumnya dibawa oleh Mukhriz dan Tun Dr. Mahathir kononnya BERSATU akan terus lenyap di dalam PRU-15 nanti. – MalaysiaGazette

Dr. Kamarul Zaman Yusof adalah penganalisis politik dan merupakan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Mazlee tu pung pang pung pang jer..habuk pun takda..masa jd menteri pun Tim Menteri DAP dia lg berkuasa…sampai Mahathir pun tendang Mazlee..dah lah tu..kaki pembohong plak tu…Tol Simpang Renggam tak plak dihapuskan…boleh jalaaannnnn lah Mazlee…

  2. muhyidin akan buat rundingan dihunung jalan nanti. sekarang dia tengah sibuk untok mengatasi masaalah yang banyak. masa masih panjang dan jalan masih terbuka. sabar lah menunggu perancangan muhyidin nanti.

  3. Minta Dr citer pulak pasal TZ komen kewangan negara , hutang, reserve, samurai bon apa kehal bagai.kasi sume orang tau apa geng2 ni temberang pasal hutang negara..

Comments are closed.