Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bilal Madrasah Nuril Iman, Jalan Pelangi, dekat Sentul yang datang ke masjid untuk melaungkan azan Maghrib terkejut mendapati dua tabung milik madrasah itu dirosakkan dan wang di dalam tabung tersebut hilang.

Tabung berkenaan diletakkan di luar madrasah tersebut.

Pengerusi madrasah yang membuat pemeriksaan mendapati kunci pintu premis itu telah dirosakkan, selain dekoder rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disimpan di dalam sebuah bilik turut dicuri.

Suspek disyaki menggunakan peralatan mesin pemotong besi untuk memotong kunci tabung yang dipecahkan.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis oleh pengerusi masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat pada jam 8 malam semalam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette