Pengasas butik kasut Fashion Republik Kuala Lumpur 21 (FRKL21) Ashhry Atan.

KUALA LUMPUR – ‘Kepada Tun, berhenti memandang serong terhadap bangsa sendiri.’

Itu rayuan seorang usahawan muda sebagai respon kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihatnya telah merendahkan-rendahkan orang Melayu.

Pengasas butik kasut Fashion Republik Kuala Lumpur 21 (FRKL21) Ashhry Atan berkata, kemalasan dan kelemahan seseorang tidak bergantung kepada kaum dan bangsa sebaliknya ia stigma yang perlu dihentikan.

Menyaksikan bagaimana Melayu berusaha memajukan diri termasuk dirinya sendiri yang mula belajar berniaga dengan membantu bapanya menjaja sejak umur 8 tahun lagi, Ashhry menyanggah pendapat Mahathir dan sebaliknya berkata ramai usahawan berjaya atas usaha sendiri khususnya dalam bidang perniagaan.

“Bila mana bangsa sendiri dicop, diberi jolokan yang tidak elok membuatkan aku rasa tidak selesa bila acap kali didengar. Kemalasan dan kelemahan seseorang itu tidak bergantung pada bangsa.

“Melayu itu sendiri jadi lemah dan malas juga disebabkan adanya stigma sedemikian rupa, mungkin ada yang mendengar dan mengambil sebagai ia satu cabaran dan mungkin ada yang mendengar menjadikkan ia sebagai batu penghalang utk berjaya.

“Kepada Tun, berhenti memandang serong terhadap bangsa sendiri, saya telah melihat ramai kaum saya sendiri bekerja keras untuk berjaya. Ada yang berjaya ada yang cukup untuk teruskan kehidupan seharian dan ada yang menjadi jutawan,” katanya menerusi Instagram.

Semalam, Mahathir berkata orang Melayu mempunyai banyak kelemahan dan disebabkan itu mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Justeru veteran politik itu melahirkan rasa kecewanya terhadap orang Melayu yang percaya kononnya DAP akan menghancurkan bangsa mereka jika berada dalam kerajaan.

Dalam pada itu usahwaan muda itu menambah, Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri didakwanya gagal merealisasikan jaminan pekerjaan kepada anak muda seperti yang dijanjikan.

Akhinya situasi ini pada Ashhry menjadikan Melayu sebagai mangsa penipuan terhadap janji pemimpin seperti Mahathir.

“Banyak sektor pekerjaan yang dijanjikan semasa Tun menjadi PM untuk anak muda tetapi tidak ada satu pun berjaya untuk direalisasikan. Melayu bukan malas tapi Melayu mudah ditipu & ditindas oleh pemimpin sendiri. Maka apa yang Tun nampak hanyalah Melayu malas,” tegasnya.

Pada akhirnya, ahli perniagaan berusia 30 tahun itu membuat kesimpulan, kenyataan Mahathir hanya menyemarakkan lagi isu perkauman yang pada akhirnya meruntuhkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dalam negara ini.

“Kepada rakan rakan sebangsaku, berhenti dan bersatu padulah demi keamanan Malaysia sejagat. Hentikan stigma fikiran bangsa kita malas dan hentikan juga pandangan serong terhadap bangsa lain, jika isu perkauman masih lagi hangat diperkatakan maka matilah Ali, Muthu dan Achong yang hidup berbilang bangsa,” tambahnya.-MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Saya amat bersetuju dengan artikel anak muda ini. Dr M memang tak habis habis menghina orang Melayu. Dulu ketika jadi PM ke 4 sibok mengkayakan anak anak sendiri dan kroni beliau. Jadi PM 7 ikut telunjok DAP. Ambil Tommy outsider sebagai peguam negara. Issue Rome statue ICERD hampir jadi, mujurlah orang Melayu menolak nya. Hasil muafakat UMNO dan PAS serta gabongan NGO Islam. Pembunoh Mohd Adib hilang entah kemana di lepas Tommy. Saya Melayu Singapura ikut perkembangan politik Malaysia khas tindak tanduk Dr vM dan Anwar.

  2. …konon nya nak jadi pemimpin menyokong melayu.
    ….lepas tu sanggup di pergunakan oleh DAP untuk umpan undi melayu semata mata.
    …lepas tu boleh siap kutuk melayu. Apa kejadah nya!

  3. Atok tu masih nk menongkat langit . Sanggup jadi batu loncatan pd dap dan peliwat.
    Makin tua ..makin bodoh!!
    Rakyat dah meluat dgn dia..
    Hnya yg bodoh2 bingai je yg masih bersamanya.

  4. Ni usahawan bodo bengap.. Yg TUN tujukan kpd yg malas x berusaha.. Hang berusaha berjaya knpa nk terasa.. Bebal

  5. Pendek kata:mamak kutty bukan Melayu! Jekal pun bukan Melayu. Paki bukan Melayu. Bangla bukan Melayu Syed bukan Melayu.
    Jadi apa mereka tahu perihal Melayu.
    Melayu baik sangat kot?

  6. Mahadir akan masuk PN akhirnya. Sebab dah tidak ramai yang menyokong dia sekarang. Hanya orang2 yang mempunyai kepentingan bukan Kesetiaan pada dia.

  7. Halau semua bangsa bangladesh,China,Myammar,India dan lain lain..Ruang kerja yang ada buat 1 undang undang wajibkan rakyat tempatan yang menganggur bekerja di mana mana sektor yang ada..Jangan cepat melatah cakap sesuatu kaum atau bangsa pemalas….

  8. Saudara2 ku biar lah kata2 tun m tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri..sbb tun m tu memang dah nyanyuk..jadi kita yang fikiran yg masih ok ni tk payah lah ambil kisah kata2 dia tu..jadi satu dosa saja buat kita..sy percaya kita semua ada atok2 yg seusia tun m..

  9. Atok blhlah cakap mvm tu .. sbb dia anak beranak dah kaya raya dgn hasil bumi malaysia ni .. klu dah banyak sgt duit tu , sedekah2ksnlan pd fakir miskin dspat juga pahala .. klu tak nanti duit tu kena tanam sekali flm lubang lahad …

  10. Cakap Atok ni umpama meludah ke langit.
    Kutuk bangsa sendiri, mintak tolong merayu rayu dgn.bangsa sendiri dlm.pilihan raya. Sanggup bergelumang dgn.najis2 babi pun tak apa asalkan menang pilihan raya. Dah menang tipu rakyat lebih lagi bangsa Melayu,
    Hati penuh dengan dendam kesumat pda.bangsa sendiri. Sekarang Allah swt.tunjukan bukti, jatuh kan kerajaan dia.Malukan dia semalu malunya seperti dia memalukan orang yg.dia hina.
    Melayu tipu melayu. Tipu pada bangsa melayu sendiri.
    Nak tanya satu, mana projek kereta terbang?. Satu dunia dah tahu. Jangan nak berangan ke bulan bintang tapi diri sendiri tak tahu buat apa. Jadilah angan2 mat jenin.

  11. Melayu malas yang TAK MALAS anak MAMAK a.k.a ATUK95, tengok semua anak2 ATUK95 billionaires. Ada kapal, ada Pam Minyak Dan boleh beli San Maguel lagi.

    Melayu kita dulu amalkan “ biar mati anak jangan mati adat “ kita sentiasa berhemah maka dari itu kita dipijak2 Dan ditipu.

    Cukup sudah sampai disini, kita Melayu bang kit dan berusha lebih keras lagi,tidak perlu mengamalkan sikap “ biaq pi le kat depa “. Kita ambil balik hak kita dengan berusha secara Muafakat semasa kita. Jangan kita ditipu lagi macam kata orang “ Tipah tertipu lagi “. Bangkit dan berusha pasti berjaya.

Comments are closed.