Serie A

ROM – Serie A merancang untuk menyambung semula liga musim ini pada 13 Jun ini.

Serie A Itali masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan Itali selepas segala aktiviti sukan besar-besaran di negara itu digantung disebabkan oleh penularan Covid-19 sejak 9 Mac lalu.

Perhimpunan Agung Serie A yang bersidang pada Rabu menerusi video sidang sebulat suarat menetapkan tarikh sambung semula aksi bola sepak Serie A yang tertangguh lebih sebulan lalu.

Bagaimanapun keputusan itu tertakluk kepada kelulusan daripada Kerajaan Itali dan protokol kesihatan ketat yang dibenarkan pihak berkuasa dengan mengambil kira situasi semasa Covid-19 di negara itu.

Kelab-kelab Serie A sudah kembali meneruskan latihan awal Mei ini tetapi para pemain hanya dibenarkan berlatih secara berseorangan.

Juventus selaku juara bertahan kini mengungguli carta liga dan mengejar gelaran kesembilan pada musim ini yang berbaki empat perlawanan lagi.

Latihan secara berpasukan akan dibenar untuk memulakan sesi latihannya bermula Isnin depan.

Itali salah sebuah negara yang terjejas teruk akibat Covid-19 dengan jumlah positif dan juga angka kematian.

Minggu lalu, tiga pemain kelab Fiorentina dan tiga ahli kelab penyokong kelab itu disahkan positif Covid-19, sementara pemain Torino juga diuji positif virus pandemik maut itu.-MalaysiaGazette