Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada 22 Mei 2020.

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat, 22 Mei bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, di sini, hari ini.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Sebanyak 15 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;  Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

Lokasi lain yang turut terpilih ialah Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan;  Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

— BERNAMA