Nigel Pearson

LONDON – Nigel Pearson mendakwa para pengurus kelab Liga Perdana Inggeris mengambil sikap tutup mata dan meletakkan nyawa pemain dalam risiko maut.

Dakwaan tersebut timbul selepas penyerang Watford, Troy Deeney tidak berani beraksi apabila liga disambung semula 18 Mei ini.

Pemain berkenaan tidak sanggup mengambil risiko dengan mempertaruhkan nyawa ahli keluarganya dengan beraksi dalam perlawanan EPL.

Manakala penjaga gol Watford, Ben Foster juga membidas tindakan bos-bos kelab gergasi yang tamak dan bertindak tanpa hala tuju.

“Kami suka aksi liga yang terangguh sejak 13 Mac lalu diteruskan tetapi mestilh dalam keadaan selamat.

“Kita perlu berhati-hati kerana bukan senang untuk menangani ancaman tetapi ramai yang menutup mata dalam soal ancaman Covid-19 di atas padang,” katanya.

Tambah Foster, beliau tidak ada sebarang petunjuk bagaimana EPL mendakwa melaksanaan aksi selamat di stadium tertutup.

“Ia satu misi sukar untuk membawa penyelesaian sebab melibatkan nyawa.

“Kamu tidak boleh meletakkan kesihatan orang dalam risiko dan bermain bola sepak kerana kesihatan lebih penting.

“Sabar sehingga pandemik Covid-19 lenyap sepenuhnya dan barulah fikirkan untuk memulakan liga semula,” katanya.-MalaysiaGazette