KUALA LIMPUR – Semua negeri telah melarang penjualan semua spesies penyu termasuk telur penyu kecuali negeri Terengganu yang hanya melarang penjualan Penyu Belimbing sahaja.

Lantaran itu Penguatkuasaan ini menggunapakai Enakmen/Kaedah-Kaedah Perikanan Penyu dan Telur Penyu Negeri.
3. Penyeragaman perundangan seharusnya memastikan penyu dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 (Akta 317), Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686), Enakmen Penyu Negeri dan Kaedah-Kaedah Perikanan berhubung penyu dan telur penyu Negeri.

Kesalahan yang melanggar akta boleh diambil tindakan penguatkuasaan, kata Jabatan Perikanan Malaysia

Justeru, semua pihak yang menguruskan laman sesawang penjualan produk dalam talian dan terlibat dalam mana-mana kaedah penjualan diminta untuk bersama membantu Jabatan Perikanan Malaysia menghalang sebarang bentuk jualan haiwan marin terancam (termasuk telur).

Menurutnya, usaha yang diwujudkan ini dapat membantu Jabatan Perikanan Malaysia dan juga Malaysia dalam memastikan kemampanan sumber haiwan marin terancam di Malaysia, selain jabatan ini turut mandang serius terhadap sebarang aktiviti penjualan tersebut bagi memastikan kemampanan sumber haiwan marin terancam di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh jabatan ini selepas menerima aduan daripada orang awam melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter mengenai penjualan telur penyu dari Negeri Terengganu.

Penjualan tersebut telah diiklankan dalam laman Shopee Malaysia pada 12 Mei 2020, bagaimanapu, tinjauan
kami mendapati iklan tersebut telah digugurkan pada 13 Mei lalu.

Dalam usaha menangani isu ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan spesies haiwan marin terus dilindungi dan terpulihara, antaranya menjalankan program pendidikan dan mempertingkatkan program kesedaran awam di semua peringkat termasuk kerjasama strategik dengan pihak tertentu dan termasuk program Tanggungjawab Sosial Korporat.

Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab mengurus dan memulihara spesies penyu di Malaysia dan peranan ini dimantapkan lagi dengan kerjasama dari jabatan/agensi kerajaan yang lain, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan dan institut pengajian tinggi awam bagi memastikan kelestarian haiwan marin ini.

Penyu merupakan antara hidupan marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985, Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 pindaan 2019 serta Enakmen/Kaedah Perikanan Negeri. Di Malaysia terdapat empat spesies penyu iaitu Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), Penyu Agar (Chelonia mydas), Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea) dan semua penyu-penyu ini dikategorikan sebagai terancam dan adalah dilindungi sepenuhnya.

Di peringkat global, semua spesies penyu tersenarai dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) dan tersenarai dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi
(Red Lists, International Union for Conservation of Nature – IUCN).

Ini menjadikan ia hidupan yang sangat penting dan kritikal untuk dilindungi. – MalaysiaGazette