Khalid Abd Samad
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bekas setiausaha politiknya kini direman polis berikutan aduan sebuah syarikat yang diberi DO palsu oleh seorang ‘broker’.
Khalid dalam ciapan di laman Twitter mendakwa, broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama bekas pegawainya, Hj Azli yang telah direman pihak polis pada Jumaat lalu.
Dia dituduh menerima ganjaran bagi mendapatkan kelulusan perancangan pembangunan yang membabitkan kerugian RM1 juta.

“Bekas Setiausaha Politik saya, Hj Azli, direman Polis semalam atas aduan sebuah syarikat arkitek yang diberi DO palsu oleh seorang ‘broker’.

“Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama Hj Azli yang kononnya telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya,” kata Khalid.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, ‘broker’ berkenaan yang telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah menjual nama bekas setiausaha politiknya itu turut disiasat oleh polis.

Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut kerana kes itu sedang dalam siasatan.
“Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis. Saya diberitahu ‘broker’ berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini.

“Kepercayaan “cash is king” memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya,” katanya.

Semalam laporan media menyebut seorang arkitek berurusan dengan lelaki dipercayai bergelar Datuk serta isterinya masing-masing berusia 66 dan 43 tahun bagi mendapatkan kelulusan perancangan bangunan pembangunan pada awal Jun tahun lalu.

“Selepas berbincang, lelaki itu bersetuju untuk membuat pembayaran dan dia menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta kepada suspek serta isterinya di parkir di Kuala Lumpur sebelum menerima surat yang diminta. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Kau pun broker juga kalid.. eleh,konon “menjual nama”..
    Kalau benar tak ada sangkut paut tak mungkin syarikat berkenaan berani membuat aduan.. takkan lh syarikat berkenaan tak sedar akan risiko membuat tuduhan palsu.. mmg ini lah budaya di dlm pHanceng “cash is king”..
    Sambil menuduh org lain korup.

  2. Biar lah pihak polis menyiasat dulu. Ko dok sibuk kata si haji tu tak bersalah kenapa? Ko TUHAN ke tahu semua benda. Ada orang depan kita dia baik tapi dia MAIN belakang. Ko pasang cctv 24 jam ke sampai yakin haji tak bersalah. Jangan dok preempt apa2. Ketua Polis Negara kan lantikan Tun, dia mesti power.

    Nama saja bekas menteri tapi cakap takdak etika. Oh lupa… Maklumlah bekas menteri PHaruupun rupanya

  3. Korang nk menyalak dh kenpa… Belom disabitkan kesalahhan tu bermakna tiada kesalahan jenayah itu yg Pas praktikkan

Comments are closed.