A'zlan Abu Bakar
Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT), A'zlan Abu Bakar. foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2019

Situasi yang dialami akibat Covid-19 bukan sahaja kerajaan bahkan rakyat juga pastinya sedang berada dalam masa sukar bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga di saat ini.

Pelan penyelesaian untuk memulihkan ekonomi haruslah bersifat pantas dan tepat kepada keputusan yang harus dicapai untuk memastikan rakyat dan negara dapat terus terlepas daripada perangkap kemelesetan ekonomi.

Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (Tuntut) merasakan wajar untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melibatkan bersama peranan mereka yang juga sudah pasti berpengalaman bukan sahaja pakar dalam menghadapi situasi penyelesaian masalah ekonomi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara pemimpin yang berpengalaman luas dan terbukti berjaya dalam keputusan mahupun langkah beliau sewaktu menjadi Menteri Kewangan Malaysia dahulu telah menjadikan ekonomi negara terus selamat dan kukuh, lebih-lebih lagi di saat cabaran kejatuhan ekonomi dunia ketika itu.

Oleh itu, bagi mencapai matlamat penyelesaian ekonomi yang pantas dan tepat ini, haruslah Kerajaan bersama Ahli Parlimen Pekan itu menyediakan pelan tindakan pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Perkara ini diyakinkan lagi apabila tindakan Bank Dunia yang turut memuji terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, dan menyatakan dalam laporannya: “Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh” sewaktu Najib menggalas jawatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.

Pengalaman Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri pada 2009, cabaran ekonomi yang hadapi amat besar yang mana negara sedang berada di tengah kemelesetan global paling teruk sejak 1930-an.

Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan negara kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk.

Eksport Malaysia menurun 20 peratus sementara ekonomi negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku pertama 2009.

Namun begitu, tindakan Najib berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan dan kemelesetan teruk, seperti mana yang berlaku pada 1997.

Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.

Situasi ini akan menjadi hampir sama jika penyelesaian akibat dari Covid-19 tidak diurus dengan baik.

Oleh itu, kami percaya bahawa kerajaan sedar yang kita perlu melakukan pembaharuan yang luas dengan proses kehidupan “New Normal” yang kita lalui sekarang yang akan mencorak bagaimana pergerakan ekonomi negara.

Penglibatan Najib dalam membantu pelan pemulihan ekonomi pasca Covid-19 bersama kerajaan sekarang akan menjadikan perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah bagi sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.

Kita harus cepat dan tepat, ini bukan tempoh percubaan untuk menentukan sama ada negara akan terus selamat ataupun terperangkap dengan kejatuhan ekonomi hari ini.

Biarlah pengalaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu yang pada rakyat sesetengahnya menggelarnya “Najibnomics” sewaktu pemerintahannya menjadi rujukan kerajaan hari ini.

Agar kita bersama-sama dapat menempuhi cabaran seterusnya berjaya bersama membawa negara keluar daripada cabaran ekonomi akibat Covid-19 dengan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utama.

A’zlan Hj Abu Bakar adalah  Pengerusi Aktivis Gerakan Tuntut Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. puak umno memang tan bolih tinggal najib. mereka.tak nampak dah orang lain yang pamar ekonomi selain najib. dapat kumpul harta lima lori dirumah mana ada ora.g lain sepertinya.

Comments are closed.