TERKINI : Bawa Kanak-Kanak ke Tempat Awam, Kerajaan Akan Guna Kaedah Penguatkuasaan – Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan kaedah penguatkuasaan terhadap ibu bapa yang melanggar arahan membawa kanak-kanak ke tempat awam seperti pasaraya mahupun hospital.

Bagaimanapun pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi berlembut dengan hanya memberikan nasihat mengenai perkara itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara MKN yang akan diadakan esok.