Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya mendedahkan beliau bukan sahaja terkejut, malah hanya mengetahui tentang surat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui laman sosial.

Semalam tersebar berita mengesahkan bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu adalah sah.

Sehubungan itu, dalam satu surat bertarikh 5 Mei dikeluarkan agensi itu menjelaskan bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memangku jawatan pengerusi parti itu adalah sah.

Marzuki berkata, beliau tidak faham mengapa isu peletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu boleh disahkan oleh ROS walhal mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah menolaknya.

“Tidak timbul langsung soal peletakan jawatan itu sah atau tidak kerana ia sudah pun diputuskan pada peringkat parti yang dipersetujui semua termasuk Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pada 24 Februari lepas. Jadi bagaimana?

“Saya sebenarnya langsung tidak faham malah keliru bagaimana ROS kata peletakan jawatan itu sah sedangkan kita sudah buat keputusan di dalam mesyuarat, bukan seorang dua yang buat keputusan.

“Untuk makluman, semua keputusan mesti dibuat melalui parti. Walau apa juga perbincangan dibuat di luar daripada keputusan mesyuarat, ini bukan keputusan parti.

“Apa locus standy yang ada pada Setiausaha Kerja untuk membawa perkara ini kepada ROS. Seharusnya ia dibawa kepada Setiausaha Agung sebagai pentadbir kepada parti, jadinya saya memang tidak faham,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dalam satu surat bertarikh 5 Mei dikeluarkan agensi itu, menjelaskan bahawa tindakan Muhyiddin memangku jawatan pengerusi parti itu adalah sah.

Surat itu memaklumkan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu hingga diadakan semula pemilihan pengerusi selaras dengan perlembagaan parti.

Ia berdasarkan artikel 16.9 perlembagaan Bersatu yang membenarkan keputusan itu dibuat.

ROS juga memaklumkan penilaian itu dibuat berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

Pada Februari lalu, Dr Mahathir meletakkan jawatan Pengerusi Bersatu selepas tidak berpuas hati dengan pendirian partinya yang keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditanya apakah tindakan susulan seterusnya, Marzuki berkata, beliau belum pasti lagi.

“Saya tidak pasti lagi apa tindakan seterusnya tapi apa yang hendak saya katakan surat itu tidak wajar dengan membelakangkan keputusan parti melalui Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya. –MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Ko dah kena pecat. Kenapa ROS nak hantar surat kat hang. Roda sudah berputar dan kamu sekarang dibawah. Sijil ko pun tak terurus… Biar lah orang yg ada sijil sahih yg uruskan parti. Ko urus je Atuk ngan boboboi.

    Udah udahle me ipu rakyat… Kami dah muak dengan manifesto hampas PHaruupun yg dusta semata mata

  2. Menolak perletakan jawatan tu tak ada dalam perlembagaan Bersatu.
    Bermakna tindakan itu tak ada apa2 kesan pun.

    Jawapan Marzuki tu jelas menunjukkan bahawa dia dan Mahathir dah kantoi, dah tersepit tak dapat nak keluar dari dibelenggu sebegini.

  3. Bukan dia dapat duit pokey yang tebal. Sebab tu beriya iya pertahankan orang yang paw dia.

Comments are closed.