KUALA LUMPUR – Datuk Xavier Jayakumar dituntut supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Malaysia selepas menggunakan perkataan ‘rubbish’ (sampah) dan ‘worthless (tidak berguna) semasa merujuk Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 menerusi video pendek baru-baru ini.

Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (Tuntut) menuntut polis menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 ke atas Ahli Parlimen Kuala Langat itu, selain mahu Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada Xavier pada tahun 2019 dilucutkan.

Tuntutan itu dibuat selepas satu laporan polis dibuat oleh Tuntut semalam ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam.

Pengerusi Tuntut, A’zlan Abu Bakar berkata, urusan majlis mesyuarat berkenaan melibatkan titah diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu, katanya, tindakan menghina majlis mesyuarat tersebut secara tidak langsung menghina titah diraja yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ia sekali gus melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang dan boleh didakwa kerana mempunyai niat untuk menghasut dan menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan rakyat.

“Keengganan Xavier untuk memenuhi tuntutan-tuntutan di atas bakal membuka mata rakyat Malaysia akan keangkuhan serta ketaksuban beliau dalam berpolitik,” kata A’zlan.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan bekas menteri yang berpengalaman, Xavier seharusnya sedar bahawa kenyataan yang menghina serta merendahkan institusi diraja dan Parlimen adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan keharmonian negara. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Bagus. Perkara ini patut diambil tindakan segera agar tidak menular ke kepala kepala keparat yang lain.

  2. Senangnya asik mohon maafje.sepatuttnya letak jawatan daripada jadi ahli parleman.baeu lepasni takde yang berani nak menghinaagobg

  3. Kita semua tahu intipati ucapan YDP Agong tersebut serta nasihat beliau, namun apa yang pemimpin PH ini lakukan adalah melampau batas serta menghina Agong.
    Suatu tindakan yang amat kurang ajar terhadap institusi Raja2 Melayu.

    Tak kan kita semua nak buat senyap. Laporan polis harus di susuli agar perkara begini tidak berulang.

  4. Xavier is an educated idiot. They say ‘when adab goes missing, biadab comes in”. Hope the police take action on this ill-mannered member of parliament. In my opinion, Malaysia might not be the best country in the world, but definitely the best in the Muslim world. Hope many Non-Muslims will agree to what i have written here. Take care and have a nice day. Selamat Hari Raya to Muslims and to others that live in this beautiful country that we call Malaysia. Please bring back the 1Malaysia concept for unity of the people.

Comments are closed.