Brandon Williams.

LONDON – Bintang muda Manchester United, Brandon Williams mendedahkan ketetapan dirinya untuk bermain di posisi pertahanan adalah faktor besar yang mempengaruhi kejayaannya dalam menembusi pasukan utama kelab itu.

Musim ini pemain pertahanan berusia 19 tahun itu telah menunjukan aksi yang hebat di luar jangkaan sehingga membuatkan pengurus United Ole Gunnar Solskjaer membawa pemain itu ke pasukan senior United.

Pada mulanya tindakan Solskjaer itu cukup mengejutkan memandangkan Williams bahkan dia tidak mengambil bahagian dalam jelajah pra musim pasukan utama pada musim panas lalu.

Tetapi dengan keupayaan pemain tersebut untuk memanfaatkan peluang yang diperolehi dengan baik telah membuatkan pemain itu berjaya muncul dalam 25 perlawanan di semua pertandingan dan telah menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior untuk United.

Ketika ditemubual di laman web rasmi United, Williams memberitahu kecintaannya terhadap posisi pertahanan dan kemampuannya untuk tidak mendabik dada dengan apa yang dimiliki membuat dirinya berjaya dalam pasukan utama.

“Untuk berjaya, saya rasa anda mesti suka menetapkan sesuatu untuk menikmati ketika bermain di posisi bertahan.

“Jangan terlalu merasa puas dengan apa yang anda ada terutama dengan bakat anda.Lakukan sahaja kerja anda, bekerja keras dan berusaha menjadi lebih baik di semua bidang, sebanyak mungkin.

“Ini semua mengenai konsisten. Sekiranya anda fokus kepada perlawanan,itu akan membuatkan anda kelihatan lebih mantap dan menyukarkan pihak lawan untuk melepasi anda seperti yang kami tunjukkan dengan beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Williams. – MalaysiaGazette