KUALA LUMPUR – Allahyarham Koperal Safwan Mohamed Ismail yang meninggal dunia dirempuh seorang pemandu mabuk ketika sedang bertugas pada sekatan jalan raya dinaikkan pangkat Sarjan, berkuatkuasa 3 Mai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bagi  mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan allahyarham yang telah memberi sepenuh komitmen sebagai anggota barisan hadapan dalam tugasan Ops Covid 19.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang telah bersidang semalam (21 Mei 2020) bersetuju memberikan kenaikan pangkat Sarjan secara “Posthumous” kepada Allahyarham Koperal RF/171555 Safwan Bin Mohd Ismail berkuatkuasa mulai 3 Mei 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada kejadian 3 Mei lalu, allahyarham Safwan yang ditugaskan di Sekatan Jalan Raya Op Covid-19 IPD Kajang di Lebuhraya LEKAS, Tol Kajang Selatan dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu laju oleh seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Rempuhan tersebut menyebabkan allahyarham meninggal dunia ditempat kejadian.

Allahyarham Safwan mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Mein 2009 dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Kontinjen Selangor.

Hamzah berkata, kerajaan komited untuk menegakkan keadilan terhadap allahyarham dan pemergian allahyarham merupakan kehilangan besar kepada pasukan PDRM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kes yang WAJIB diikuti dengan teliti!

    Nak tengok samada penghakiman cap ayam atau tidak!

    HUKUM MEMBUNUH DENGAN SENGAJA ADALAH GANTUNG SAMPAI MATI!!!!

Comments are closed.