Logo FGV

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Bhd. (FGV) dan anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) akan mempercepatkan pelan untuk membangunkan kawasan pertanian baharu yang digelar FGV Agro Food-Valley di Chuping, Perlis yang bernilai RM100 juta dalam tempoh dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, projek tersebut dijangka mampu mengukuhkan lagi landskap industri pertanian di Perlis selaras dengan Revolusi Industri 4.0 yang mengguna pakai teknologi moden, pembangunan lestari dan aktiviti bernilai tambah.

Pembangunan bersepadu di atas tanah seluas 4,400 hektar itu disasarkan bagi penanaman tanaman berkualiti tinggi seperti ubi kayu untuk tujuan pengeluaran kanji, nanas premium MD2, mangga harum manis dan pengeluaran makanan haiwan berasaskan produk ubi kayu dan biomas.

FGV telah merancang untuk membina kilang pengeluaran kanji ubi kayu dan maltodextrin berkapasiti 50,000 MT setahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast