Zulkifli Mohamad Al Bakri dan keluarga Ezatul Marini Mohd Ghazali menunjukkan jumlah sumbangan yang diterima dari YaPEIM.

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM7,200 disalurkan kepada Ezatul Marini Mohd Ghazali 47, yang merupakan balu mangsa kemalangan maut, Allahyarham Mohd Khaizuzafarin Bedalib, 51, melalui program Sinar Kasih YaPEIM.

Pada November 2018, Allahyarham maut apabila bas yang dinaiki mangsa terbabas di tebing jalan berbukit berikutan masalah brek di Jalan Ranau-Kudat.

Kejadian mengakibatkan 5 penumpang meninggal dunia termasuk mangsa.

Allahyarham mengalami kecederaan yang serius di kepala dan maut di tempat kejadian manakala isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan parah di kaki.

Allahyarham meninggalkan 3 orang anak Syamil Nuqman,21, Syahirah Nafeesa,16 dan Syakir Naeim, 14.

Sumbangan diserahkan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) kepada keluarga Allahyarham.

Program Sinar Kasih bertujuan menyantuni anak anak yang kehilangan ketua keluarga secara tiba-tiba khususnya yang mengalami kemalangan dan musibah seperti kemalangan, kebakaran, mati lemas dan bencana alam. – MalaysiaGazette