Mohd. Ali Rustam

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikatakan bakal menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu.

Sekiranya benar, pelantikan TYT Ke-7 itu melakar sejarah kerana selepas 63 tahun apabila menjadi anak negeri yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Menurut laporan BebasNews, Mohd Ali yang kini berusia 70 tahun dilihat pilihan yang tepat menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 4 Jun ini.

Arahan kuarantin di rumah itu adalah sebagai persiapan anak kelahiran Bukit Katil itu dijangka mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun ini.

Sejak selepas negara mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957, enam Yang di-Pertua Negeri yang dilantik kesemuanya datangnya dari luar Melaka. Dua dari dari Perak manakala setiap seorang pula dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang.

Ali Rustam merupakan anak jati negeri ini dan dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Katil dan SK Semabok.

Beliau melanjutkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School), selepas itu melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan memegang Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) pada tahun 1984.

Beliau mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan (Ketua UMNO Bahagian, Bukit Katil), Wan Nazirah dan Muhm. Hamka.

Mohd Ali mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan politik.

Pada tahun 1984, beliau mendapat kepercayaan daripada Ketua Menteri Melaka ketika itu, dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.- MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.