PDRM berjaya menahan seramai 39 individu dan 18 individu direma kerana melanggar SOP #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Pasukan khas operasi pematuhan semalam telah membuat sebanyak 84,051 pemeriksaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut pecahan sebanyak 5,511 pasar raya, 4,908 restoran, 943 penjaja, 1,361 kilang dan 4,132 institusi perbankan telah diperiksa dan dipantau.

Katanya, pemeriksaan juga telah dilakukan di 1,157 terminal pengangkutan awam darat, 237 terminal pengangkutan awam air dan 183 terminal udara di seluruh negara.

“Justeru Task Force juga berjaya melakukan pemeriksaan ketat ke atas 35,035 buah kenderaan persendirian, 2,543 kenderaan awam dan 461 vassel.

“Kita juga memeriksa secara rapi sebanyak 2,243 pasar awam, 4,420 tempat ibadah, 1,332 tempat beriadah dan 585 tapak binaan membabitkan 3,621 pasukan pematuhan dianggotai 19,056 orang pegawai dan anggota, kata beliau dalam sidang media harian di Putrajaya.

Dalam perkembangan berkaitan kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, PDRM berjaya menahan seramai 39 individu dan 18 individu direma kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Dalam pada itu, kompaun juga dikeluarkan ke atas 21 individu dan menasihatkan supaya semua rakyat mematuhi setiap SOP dan peraturan yang dikeluarkan kerajaan.

“Kerjasama kawalan kendiri tuan-tuan dan puan-puan amatlah pentung untuk kerajaan dalam memerangi penularan rantaian Covid-19 di negara ini.

“Justeru kita dimaklumkan bahawa PDRM sehingga semalam (22 Mei 2020 ) telah mengadakan 157 sekatan jalan raya rentasi sempadan negeri dan sebanyak 216,594 kenderaan telah diperiksa.

“Semalam juga sebanyak 1,613 kenderaan didapati cuba rentasi negeri atas alasan pulang ke kampung tetapi telah diarah berbatah balik yang mana angka ini berkurangan sedikit berbanding 2,539 kenderaan rentasi negeri yang dikesan pada hari sebelumnya,” ujar beliau.

Setakat ini, katanya, Selangor mengungguli carta negeri yang mencatatkan cubaan rentasi negeri tertinggi iaitu 329 kes, diikuti Kedah (211 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 196 kes.

“Tindakan jika tak diambil terhadap mereka yang berjaya atau mencuri masuk negeri, mereka mungkin diambil tindakan selepas balik ke ibu kota atau bandar tempat mereka kerja,” ujarnya lagi.