Tular 'Siska Qirana' mendakwa diberi layanan istimewa untuk pulang ke kampung kerana ada 'kabel' seperti yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

Salah satunya ialah Ketua Polis Daerah Dungun, Terengganu, Suprintendan Baharudin Abdullah menafikan dakwaan ‘Siska Qirana’ diberi layanan istimewa untuk pulang ke kampung kerana ada ‘kabel’ seperti yang tular di media sosial.

Beliau menjelaskan kelulusan diberikan kepada wanita berkenaan untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun ke Putrajaya pada hujung April lalu untuk membantunya menyelesaikan urusan taskanya di Putrajaya yang dipecah masuk.

Wanita berkenaan juga telah diberi kebenaran untuk balik semula kerana beliau meninggalkan anaknya di Dungun.

Kedua Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang menafikan dakwaan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) sedang berusaha mengesan pelanggan di dua pasar raya terkemuka di Alor Setar yang dikatakan dikunjungi penuntut UUM yang positif Covid-19.

Ia sebaliknya menegaskan siasatan mendapati penuntut terbabit tidak mengunjungi dua pasar raya berkenaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast