Selepas secara konsisten merekodkan angka dua digit positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu, akhirnya pada hari ini, sebanyak 172 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengahari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,417 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah hari ini.

Katanya, terdapat 34 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,979 kes (80.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast