Kementerian Kesihatan berjaya mengesan satu kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Sepang yang mana sehingga 25 Mei hari ini setakat 12 tengahari, sebanyak 1,449 sampel telah diambil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 36 kes positif Covid-19 dikesan (29 kes dilaporkan hari ini) manakala 540 kes negatif Covid-19 dan 873 sampel masih menunggu keputusan.