Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa tidak ada mana-mana pihak, baik secara berasingan mahupun secara bersama, yang telah menuntut pampasan sehingga RM1 bilion daripada kerajaan negeri berikutan pembatalan kelulusan konsesi pembalakan.

Beliau mendakwa, isu itu ditimbulkan mungkin bertujuan untuk menghalalkan keputusan untuk meluluskan konsesi.

“Semua kes-kes tertunggak melibatkan Hutan Simpan Ulu Muda dan Hutan Simpan Bukit Saiong telah diselesaikan melalui mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi yang telah saya pengerusikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa jumlah tuntutan ganti rugi yang dikemukakan syarikat yang telah dibatalkan kelulusan konsesi pembalakan di Kedah kini mencecah RM1.5 bilion.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, tuntutan itu ialah sebanyak RM1 bilion melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah kelulusan konsesi sebanyak 131 dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.

Menurut Mukhriz, sejak beliau mengumumkan pemberhentian aktiviti pembalakan itu, tiada syarikat yang mengugut untuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah.

Tambah beliau, kerajaan negeri dibawah pimpinannya ketika itu sering berbincang dengan Persatuan Syarikat-syarikat Pembalakan Kedah untuk mendengar pandangan.

“Hasil daripada sesi-sesi engagement itu, hanya beberapa tuntutan bertulis telah diterima.

“Semua pihak memberi kerjasama yang baik bagi mencapai kata sepakat sambil memahami pendirian Kerajaan Negeri perihal kelestarian hutan Kedah,” jelasnya.

Mukhriz mendakwa, apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri kedah yang diterajui Pas sekarang bukannya penyelesaian yang mereka capai sejak sepuluh hari memimpin negeri itu.

Katanya, tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah itu telah dipikul dan diselesaikan dengan baik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. As the hasil bapakku chairman, boboboi has refused to discuss arising matters. Hang takdak documented evidence, written agreement from concession holders agreeing to the terminations. You are just sweeping everything under the carpet similar to promises made by PHaruupun. Mana ada dalam dunia hang boleh batalkan konsesi syok sendiri tanpa both parties mutually setuju terminations tersebut.

    Takdak satu projek boboboi yg rakyat Kedah dah boleh menikmati. 33 +22 bulan jadi MB. Cer citer apa yg Makcik Kiah dah dapat rasa.. Selain telan ayaq liok. Kad B40… Kad ada isi kosong… Berapa kerat dapat. Tabung wanita… Takat 30 hinggit tak payah citer lah. Ko dah kaya raya mana ko ada niat nak sungguh2 kerja untuk beri makan rakyat Kedah. Ko pun sentiasa dok KL. Exco mtg baru turun AS. Bini ko ngan anak ko pun taknak dok A Setar.

    Nak buat Airport nak buat racing circuit nak buat jalan koridor utara nak buat Kedah Invest power… ujung2 NAK CARI KAYU. Berangan lah rakyat akan janji2 pembangunan yg tak tahu bila nak jadi.

  2. Haha Noh betoi 2…apa pun x dak…banyak dah utan Siman dah jadi botak MCM kpla dia…orang Kedah tngai pa kg x tau lah..

Comments are closed.