Paul Pogba (kanan) dan Marcus Rashford.

LONDON – Dua bintang sensasi Manchester United, Paul Pogba dan Marcus Rashford kini disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Pengendali United, Ole Gunnar Solksjaer mengesahkan mereka akan dapat diturunkan sekiranya Liga Perdana Inggeris kembali bersambung pada pertengahan Jun depan.

Pogba dan Rashfird mengalami kecederaan berpanjangan sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Solksjaer menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan pemain yang menjadi parasit dalam skuad United.

“Saya lebih suka mempunyai kekurangan dalam pasukan saya daripada memiliki seorang pemain yang parasit” ujar Solskjaer kepada United We Stand.

Solskjaer percaya keharmonian pasukan adalah sesuatu yang sangat penting dalam pasukannya dan bukan pemain yang merosakkan keharmonian.

Solskjaer kini mempunyai kuasa penuh di United selepas dilantik sebagai pengurus Red Devils mengantikan Jose Mourinho.

Sehingga kini, Solskjaer sudah menyingkirkan beberapa pemain seperti Romelu Lukaku, Chris Smalling, Alexis Sanchez dan Marouane Fellaini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast