Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof

KUALA LUMPUR – Suasana politik tanah air nampaknya masih tidak tenang apabila seorang menteri dikatakan akan mengumumkan peletakan jawatan petang ini.

Menteri itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Redzuan Yusoff.

Beliau dijangka mengadakan sidang media pukul 5 petang ini di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya.

Turut dikatakan bakal menyertai sidang media itu Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Malah, desas-desus mengatakan ada seorang lagi menteri juga akan meletakkan jawatan.

Di peringkat awal media dimaklumkan satu sidang media akan diadakan pukul 4 petang ini oleh Setiausaha Agung Bersatu yang dipertikaikan pelantikannya iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bagaimanapun sehingga kini sidang media masih berlum bermula dan pada masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad yang digugurkan keahlian Bersatu juga berada di ibu pejabat parti itu.

Artikel berkaitan: Kata nak pecat, saya tunggu di pejabat – Dr Mahathir

Beliau juga dijangka mengadakan sidang media. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Wow dah berapa banyak duit madey dan mukhriz habis beli orang2 ni? Rakyat kena ingat orang2 ni semua tak berguna.

  2. Ajak mereka bersumpah laknat jika mereka itu tidak dibeli.kalau mereka terima bayaran supaya melompat maka laknat allah taala dunia akhirat mereka pikul.
    Sebelum ini bekas pm tun m kata akan lakukan apa sahaja untuk tumbangkan kerajaan PN.Mungkin dengan cara rasuah beli mp itu salah satu caranya mengambil hati mp untuk kembali sokong dia.kerajaan pn seharusnya brrtindak dari segi undang undang termasuk bersumpah laknat jika mereka itu ikhlas dari hati mahu bertukar sokongan.depan manusia merrka bolehlah berpura pura ya atau tidak.tapi depzn allah ,hanya dia saja tahu.

  3. Negara Malaysia ini tak.memerlukan jenis org2 yg sebegini dalam mentadbir negara….
    Semoga ALLAH SWT memelihara ng malaysia ini dari tangan2 penjahanam itu semua…
    Semoga Pru 15 di persembahkn semula kpd rakyat utk memilih bukan main sistem demokrasi KATAK ini..

  4. Klu pasal meramal no 1 puak ni tp saru pun yg ramal x pernah jadi…

Comments are closed.