Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan sebahagian penduduk semasa meninjau sekitar kawasan tanah runtuh yang melibatkan 7 buah rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2020.

AMPANG – Seramai tujuh keluarga di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa di sini yang telah terjejas akibat kejadian tanah runtuh akan dibantu mencari tempat tinggal sementara, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu berkata, kadar sewa akan ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan negeri.

Sebelum itu, Mohamed Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninjau lokasi kejadian serta bertemu kesemua tujuh keluarga yang terjejas dalam kejadian yang berlaku pukul 2.21 pagi tadi.

“Saya dan Mohamed Azmin bergegas ke lokasi dan melihat sendiri tempat kejadian tanah runtuh di belakang tujuh rumah Jalan Kelab Ukay 4 dan saya sudah meminta agensi dan kontraktor memulakan segera kerja stabilkan tanah dengan anak Sungai Sering,” kata Zuraida.

Pada masa yang sama, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganggarkan kos awal pembinaan semula tembok penahan tanah cerun di kawasan terjejas melibatkan kira-kira RM2 juta dan mengambil masa enam bulan untuk diselesaikan.

“Maka saya dengan serta-merta luluskan peruntukan kewangan RM2 juta untuk disalurkan segera untuk MPAJ memulakan kerja segera tanpa melengahkan masa selain RM100,000 yang disediakan oleh Jabatan Perairan dan Saliran,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau juga menasihatkan penduduk yang terjejas mengosongkan segera kediaman masing-masing dalam tempoh 48 jam dan mereka akan ditempatkan selama seminggu di Hotel De Palma berbanding dua malam pada asalnya selepas kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk menanggung kos penginapan itu.

Justeru katanya, beliau bertemu dan memberi taklimat kepada penduduk untuk mencari penemptan baharu dengan kadar sewa untuk tempph enam bulan sehingga temboh penahan tebing sungai di cerun runtuh disiapkan.

Menurutnya, penduduk terjejas itu diberi pilihan mencari rumah sewa mengikut keselesaan dan kesesuaian mereka memandangkan penempatan di dewan di kawasan itu tidak sesuai dan sedikit sumbangan untuk kesemua mangsa terjajas akan disalurkan kemudian.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membantu mereka mengeluarkan barang keperluan mereka dan kos penyewaan rumah selama enam bulan untuk kesemua tujuh keluarga terjejas iaitu RM3,000 sebulan akan ditanggung sepenuhnya oleh saya dan Mohamed Azmin.

“Sepanjang tempoh anggaran elama enam bulan itu, arkitek akan mereka bentuk pelan tembok penahan tebing sungai untuk dibangunkan dan MPAJ diketuai Unit Cerun akan memantau secara dekat 24 jam selepas ini mengenai pergerakan tanah supaya ia tak merebak ke lokasi lain,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa, 40 penghuni diarah kosongkan rumah