Keadaan kawasan tanah runtuh yang melibatkan 7 buah rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 penghuni tujuh buah rumah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing ekoran kejadian tanah runtuh di Taman Kelab Ukay awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, kebanyakan rumah terlibat mengalami keretakan akibat tanah runtuh.

 

Beginilah keadaan tanah runtuh di kawasan Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa awal pagi tadi.

Bagaimanapun tidak ada laporan kematian dan kecederaan dilaporkan.

Menurut sumber, akibat kejadian itu juga beberapa kenderaan penduduk di kawasan rendah turut dihempap pokok.

Akibat tanah runtuh beberapa kenderaan penduduk di kawasan rendah turut dihempap pokok di Bukit Antarabangsa awal pagi tadi.

Setakat ini, semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman masing-masing sehingga pihak berkuasa tempatan memutuskan tindakan lanjut.

Kawasan itu kini dalam dikawal oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya.- MalaysiaGazette