Datuk Ab Rauf Yusoh.
Datuk Ab Rauf Yusoh.

MELAKA – Melaka yang baru sahaja menyaksikan pertukaran kerajaan negeri mungkin mengalami perubahan sekali lagi.

China Press melaporkan, pertelingkahan dalaman UMNO yang bertambah keruh menyebabkan tiga Exco dari parti itu berniat bertukar haluan.

Sumber memberitahu, orang UMNO tersebut telah menghubungi pemimpin PH secara tidak rasmi, menyatakan hasrat berundur daripada Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, ada juga daripada kalangan empat bekas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang bertukar haluan ke PN sebelum ini  menyimpan hasrat bertukar buat kali kedua.

Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH yang menyebabkan kerajaan PH Melaka tumbang ialah Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Walau bagaimanapun, mereka yang mahu meninggalkan kapal PN tidak menyatakan keinginan menyertai PH. Pemimpin PH Melaka juga belum berbincang mengenai isu itu.

“Jika wakil rakyat ini berundur daripada PN yakni menyokong atau menyertai PH, maka dua kemungkinan boleh berlaku.

“Pilihan raya kilat boleh diadakan atau PH mungkin merampas semula pentadbiran kerajaan negeri. Kemungkinan pilihan raya adalah lebih besar.

“PN yang kekurangan kerusi boleh memilih untuk membubarkan DUN dan memanggil pilihan raya, tetapi kata putus terletak pada Yang Dipertua Negeri,” kata sumber.

Keadaan itu, kata sumber, mendorong Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berusaha menjadikan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd. Ali Rustam sebagai Yang di-Pertua Melaka.

“Abdul Rauf mempunyai kuasa yang besar dalam kerajaan negeri dan hampir semua pelantikan politik perlu menerima lampu hijau daripadanya,” katanya.

Sumber berkata, Exco kerajaan negeri memiliki kuasa pentadbiran yang terhad kerana kuasa dimonopoli Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Ali atau lantikan politik yang menyokong Abdul Rauf.

“Keadaan ini menyebabkan ADUN UMNO berasa tidak puas hati dan mendorong mereka berniat keluar parti,” katanya. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Sumber mana ni MG??? Korang ni hari2 buat spekulasi…sumber yg tak dinamakan pun ko boleh publish??? Ni standard wartawan Malaysia ka??? Dah lah rakyat tgh hidup susah..hari2 wartawan ni buat gossip…mcm bangang wartawan yg tulis berita ni

  2. Bila China Press buat fitnah ramai orang akan percaya sebab mereka tidak terikat dengan dosa dan pahala. Orang kafir lah katakan.. orang Islam akan percaya dan terpedaya.

  3. Oni lh kerja wartawan..sedar2 lh para wartawan, fitnah ni dosa besar, ingat bg org islam..jgn krna nk laris berita kmu, sgup fitnah..ini lh klu kerja ltak kn kafir di hadapan..

  4. Inilah akibatnya bila wartawan bebas menulis tanpa fakta, huruhara jadinya nanti..

  5. Lain kali berita dri surat khabar cina jgan pos dlm ni menyemak je…masih tak faham ke dgn kerja rba dap.asal bleh melayu belaga sama sendiri mereka akan tulis dan mencipta apa jua masalah.

  6. Wartawan mcm ni x ubah spt STANDARD LONGKANG..
    Lahanat punya perangai…adu dumba dn fitnah ajer mainan hidup korg ni…

  7. HELLO MG..JADILAH LIDAH SUARA YG BERTANGGUNGJAWAB..SETIAP APA YG DILAPOR RAKYAT BACA..TAK SURE TAK PYH TULIS..BONGOK

  8. YB UMNO dan PAS sokong PN secara end block, kecuali lah YB itu ada plan untuk lompat dari parti UMNO.

  9. Buat/usahakn lah pru di ng melaka ni..
    Klu boleh dipercepatkn lg baik.. Kita tengok nti keputusan nya…
    Lbh senang dn lebih mudah lg bg Umno/Bn memerintah mtadbir melaka ini..
    Faham tak maksudnya itu…
    JANGAN DIHARAP LAGI LAH UNTUK PH PENIPU HANCING NK DAPAT KUASAI MELAKA KEMBALI..

Comments are closed.