Barcelona didakwa merahsiakan sebelum ini berita lima pemain bintangnya diuji positif Covid dan telah menjalani rawatan pemulihan.

MADRID – Lima pemain Barcelona disahkan dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun kelab La Liga Sepanyol itu didakwa telah merahsiakan berita tersebut daripada pengetahuan umum menjelang perlawanan La Liga yang akan disambung pada 11 Jun ini.

Radio Catalan RAC1 mendakwa perkata tersebut dalam program Tu Diras pada minggu ini bagaimanapun tidak mendedahkan nama dan identiti kelima-lima pemain terbabit.

Setiap pemain yang diuji positif didakwa tidak menunjukkan sebarang petanda kebolehjangkitan virus itu dan hanya disahkan selepas menjalani ujian darah.

Kesemua lima pemain itu kini sudah sembuh sepenuhnya dan kembali semula ke sesi latihan. – MalaysiaGazette