Ketika menjawat jawatan Presiden UMNO, sering kali Najib mengingatkan ahli agar haga institusi Presiden UMNO.

TERSEBAR di media cadangan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang mana jawatan itu kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Konvensyen atau amalan BN sejak 1974 adalah Presiden UMNO secara automatik akan menyandang jawatan Pengerusi BN dan konvensyen itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Wujud kontradiksi, di mana seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor menyatakan bahawa langkah itu bertujuan untuk membantu UMNO dan BN menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atau sekurang-kurangnya bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Ini pandangan saya, apa yang boleh menguatkan kembali BN ini, Najib mestilah dilantik sebagai Pengerusi BN.

Walaupun secara tradisionalnya Presiden UMNO adalah Pengerusi BN, tetapi kali ini kita lihat (saya bukan kata Presiden gagal) langkah ini adalah untuk memperkasakan lagi Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO dengan dibantu oleh Najib sebagai Pengerusi BN.

Najib perlu dilantik sebagai Pengerusi BN. Perkara ini boleh dilakukan sebenarnya kerana Ahmad Zahid boleh fokus kepada parti untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan UMNO.

Sedangkan, tuan punya badan iaitu Najib berkali-kali sebelum ini menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tertinggi parti atau Perdana Menteri.

Dilaporkan pada 2018, Najib menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi presiden parti, mahupun sebagai Perdana Menteri, memandangkan beliau sudah pun memegang jawatan itu selama lebih sembilan tahun.

Malah pada 2019, Najib dilaporkan berkata, pelantikannya sebagai Penasihat BN bukanlah loncatan untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau menegaskan pelantikan itu memberi peranan kepadanya untuk memperkukuhkan lagi BN dan parti komponen yang lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sesiapa sahaja boleh memainkan peranan sebagai Penasihat BN, namun individu itu perlu sanggup mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara konsisten, selain mendapat sokongan daripada rakan komponennya, MCA dan MIC.

Ismael Hamdan

Persoalannya, adakah ini merupakan kehendak Najib atau atas percaturan pihak tertentu?

Teras polemik ini adalah “institusi Presiden UMNO”, di mana Najib sejak 2016 lagi mengingatkan ahli parti supaya menjaga institusi itu.

Najib pernah menyatakan, sekiranya institusi Presiden UMNO diganggu gugat, ia menyukarkan pemimpin yang dipilih untuk memimpin dan menjalankan tugas, sekali gus menyebabkan parti menjadi lemah.

“Jaga parti dan institusi Presiden UMNO, bukan jaga saya. Love me as president (Sayangi saya sebagai presiden) kerana satu hari nanti pengganti saya bakal ambil alih (tugas presiden).

“Kalau parti lemah, siapa yang akan menjadi ketua untuk membawa kita ke hadapan? Maka untuk pastikan parti tidak lemah, semua peringkat bahagian perlu jaga keharmonian,” kata Najib.

Think tank Singapura, ISEAS menyatakan secara tuntas bahawa keadaan politik Malaysia adalah, “Malaysia is at an impasse. Both coalitions are currently unstable and face existential challenges that undermine their viability as governing entities” (Malaysia berada dalam kebuntuan. Kedua-dua pakatan politik – iaitu PN dan PH – pada masa ini tidak stabil dan menghadapi cabaran yang bakal merosakkan kemampuan mereka sebagai entiti yang memerintah.”

Dalam keadaaan yang tidak menentu, PN perlu disokong dengan niat dan tujuan membela rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan kegawatan ekonomi global dan terasnya adalah memelihara institusi Presiden UMNO. Jika parti tidak stabil, ia bakal memberi kesan kepada PN.

Pemimpin perlu disatukan, bukan dipecah belahkan, harapnya supaya jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Prinsip perjuangan dan keikhlasan tidaklah begitu murah dan boleh dibeli dengan wang ringgit harapnya. Janganlah menangguk di air keruh! – MalaysiaGazette

Ismael Hamdan, Naib Ketua UMNO Bahagian Bangi

1 Komen

  1. DSN is truly a world-class leader. I marveled at how he could be calm, composed, relaxed when Mahathir and PH made the whole world laugh at him. The last election won by PH through lies, deceit, conspiracy, hate campaign and character assassination leveled against DSN and BN. After winning the election, PH conducted the trial by media to make the rakyat hate DSN. Mahathir used his old tactics and called DSN by terrible names “perompak, pencuri, lanun Bugis, membunuh and the latest penzina. But surprisingly, of late things have changed in Malaysia. PH lost power and now DSN is the number one political leader in the country. Some even expect him to return to active politics. People have realized that he is a victim of Mahathir’s political game. As a bad karma from God, now the rakyat hate Mahathir and PH for not performing well after taking over power in May 2018 from BN. As if it was a curse from God, political leaders in PH started fighting among themselves and lost power. Many among the rakyat are now happy with PN as the new government in Malaysia while waiting for the next election to come by. Nowadays in the social-media, the most hated names in Malaysia are names like; Mahathir, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Khalid Samad, Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Tony Pua, Rafizi Ramli, Teresa Kok and Clare Rewcastle Brown of Sarawak Report. My last word will be, May God save Malaysia from Mahathir and PH. May God make Malaysia great again, ameen!

Comments are closed.