PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk mewujudkan satu inisiatif yang boleh digunapakai untuk rakyat asing yang ingin memasuki negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, inisiatif itu akan membolehkan sesiapa yang ingin memasuki negara ini tidak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sekiranya disahkan negatif Covid-19 dalam ujian saringan di negara asal.

“Mereka yang nak kembali atau pun datang ke Malaysia jalankan saringan dulu iaitu di negara masing-masing kalau negatif dan kita akan melihat bagaimana kita boleh membenarkan mereka datang ke Malaysia.

“Tapi kuarantin itu tetap kita akan laksanakan kalau kita tak ada ujian saringan dilaksanakan (di negara asal).

“Sekarang ini kita masih melihat kepada bagaimana untuk rakyat Malaysia yang kembali untuk mereka samada dikuarantinkan secara wajib di pusat kuarantin ataupun dikuarantinkan di rumah,” katanya dalam sidang media harian di KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya samada akan menggunapakai kaedah yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang mana individu yang disahkan negatif Covid-19 tidak perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

Kerajaan negeri Sabah membenarkan warganegara Malaysia memasuki Sabah sama ada menerusi udara, darat dan laut.

Semalam, Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan berkata, kebenaran itu turut tertakluk untuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Salam sejahtera untuk kita semua..
    terimaksih atas info” yg diberitakan..
    berharap cpt seleaai covid-19 ni dr dunia ini..
    Ya klu di negara asal..udah ada rapid test dan bebas dr covid-19..beharap tak di karantine kat malaysia.lagi…sebab uda ada test betul” dari hospital setempat.
    trmksh ..mohon maaf jika ada salah kata..wasalam..

  2. Sy seorang tki malaysia sy gunakan permit perkerja.sblum ad nya pkp.sy sudah balik kampung untuk cuti lebaran..tpi skrng sy nak masok lgi malaysia..sy nak tanya boleh tak awal bulan 7 masok .Trimakasih

Comments are closed.