Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negerinya dan men mengingatkan Dewan Negeri akan dibubarkan “serta-merta” jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat.

“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.

“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa. Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta,” titahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memberikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu dan berharap mereka memilih pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri bukan untuk parti atau diri sendiri.

Baginda juga turut memuatnaik hadis ketika Rasulullah SAW ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda:
“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.” – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. YB-YB yang pening, di bawa nya masalah kepeningan itu sampai raja, sultan dan rakyat jadi pening.

  2. terbaik tuanku.. daulat tuanku.. kasi ajar itu politician.. jgn biarkan politician buat negara ni sewenang-wenangnya mcm depa punya…

  3. Apa ker jadahnya dlm satu penggal sampai 2-3 kali tukar kerajaan. Pinjam ayat power Najib di FELDA semasa menghadapi PRU lepas – nak rebut “KEPALA BAPAK” apa lagi….???

    Kamu semua dipilih oleh rakyat utk memerintah negara/negeri, membantu dlm menyampaikan hasrat rakyat bagi kemakmuran rakyat – bukannya nak berebut kuasa dan berebut peluang utk memperkayakan diri & keluarga.

    Ini lah perangai orang2 politik yg telah diberi kepercayaan oleh rakyat – semuanya berselindung dgn slogan “demi agama, bangsa dan negara….Hidup Melayu dan sebagainya”. Tapi bila dah berjaya, selogan tinggal slogan sahaja.

    Ingat….kamu semua perolih pendapatan yg bukan sedikit hasil dari kepercayaan yg diberi oleh rakyat……berpuluh2 ribu ringgit setiap bulan. Jika sebelum dilantik….monyok macam kera tak makan, menagih simpati dengan janji itu dan ini. Bila dah menang pilihan raya, mula lah hidung tinggi dan berlagak tak habis. – lupa sudah tanggung jawab kpd rakyat sebagaimana yang dijanji.

    Kpd rakyat…..cukup ler beri penghormatan yg berlebihan kpd mereka ini. Tak kira mereka ini menteri ker, tim menteri ker atau exco…..apatah lagi wakil2 rakyat biasa. Hormat kpd mereka ini biar berpada. KECUALI kpd mereka yg benar2 membantu dan bersama kita dlm susah dan senang.

    Ingat…..kita yg memilih mereka duduk di situ. Tanpa sokongan yg diberi mereka tak kemana pun – macam kita semua juga.

    Yang menghairankan di dlm Kebawah Duli Tuanku memberi peringatan agar mereka lebih fokus kpd tugas di dalam membantu rakyat, cukup lah berpolitik dan berebut kuasa yg tak bersudahan, ada plk segelintir dari mereka yang mengatakan kuasa Tuanku utk membubarkan DUN tidak lengkap jika tiada “nasihat” dari MB mengenainya. Tak kan lah dah tua bangka nacam itu pun tudak memahami “sindiran” dari seorang sultan. Utk utu sudah tiba masanya rakyat patut “beri punggung” kpd wakil2 rakyat semacam ini.

    Kita ada 2-3 tahun saja lagi utk menghadapi PRU. Utk itu kami rakyat berharap agar semua orang2 pilitik yg bertaraf wakil2 rakyat agar melipatgandakan usaha utk beri khidmat kpd rakyat – jangan sibuk dgn politik, berebut kuasa dan sebagainya. Duit yg kamu dapat setiap bulan adalah sebagai upah kpd tugas tersebut dan bukannya BERPOLITIK 24 JAM!!!!

  4. Kami tak mahu PH memerkntah. Kembalikan kuasa kesultanan. Kami lebih rela duduk di bawab pemerintahan raja.

Comments are closed.