TERKINI : Peniaga Pasar ‘Merungut Rugi’ Tak Ada Pelanggan

Peniaga-peniaga di Pasar Besar Kajang, hari ini merungut dan mendakwa mereka mengalami kerugian ekoran penutupan pasar itu sebelum ini ekoran Covid-19.

Peniaga barang keperluan harian, Panir Lingam, 61 berkata sepanjang 25 tahun berniaga di sini, beliau tidak pernah mengalami kerugian yang setara ini.

Dakwa Panir, beliau mengalami kerugian separuh daripada modalnya kerana terpaksa menutup perniagaannya ekoran Covid-19.

“Perniagaan kami terjejas sebab tidak ada pelanggan. Tapi bekalan kita ada macam biasa, kita tidak kitar semula sayur-sayuran sebab ada yang tak tahan lama.