Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kelantan  melaksanakan pengawalan penjualan arak demi sejak 30 tahun, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah.

Meskipun penjualannya tidak dilarang kepada bukan Islam, namun menurut beliau berkata, penjualan tidak dilakukan secara terbuka.

“Kita kawal antaranya tidak boleh dijual secara terbuka di premis awam, hanya boleh dijual di kedai tertentu sahaja yang khusus untuk orang bukan Islam.

“Penjualan arak juga mengambil kira keperluan serta jumlah orang bukan Islam dalam sesuatu kawasan, kini jumlah lesen yang dikeluarkan mencukupi dengan keperluan mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco di kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) Kota Bharu, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kemalangan membabitkan kematian yang berpunca daripada pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

Kementerian Wilayah Persekutuan baru-baru ini umum membekukan permohonan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman beralkohol perlu diperluaskan ke seluruh negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.