Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Sekali lagi ketika hujah penggulungan akhir kes pembelaan SRC International Sdn Bhd hari ini, pasukan pembelaan melontarkan persoalan mengapa tidak ada bukti penyewelengan dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pihak pendakwaan juga didakwa tidak dapat membuktikan Najib adalah dalang dalam melakukan transaksi dana RM42 juta milik SRC International ke dalam akaun peribadinya sehingga kini.

Wang sebanyak RM42 juta itu didakwa telah dimasukkan ke dalam akuan Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015.

Menurut ketua pasukan bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, SRC International dan Ambank yang ‘mengendali’ akaun peribadi membiarkan ia tidak terurus sehingga ada pihak mengambil kesempatan.

Peguambela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah hadir ke mahkamah bagi pendengaran hujahan lisan pada akhir kes pembelaan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 JUN 2020

Shafee menegaskan, bekas Perdana Menteri itu tidak lebih daripada mangsa konspirasi pihak yang dipercayainya.

“Pihak pendakwaan juga sehingga hari ini tidak dapat menyelesaikan keterangan bekas Pengarah SRC, Datuk Suboh Md Yassin yang tandatangannya untuk urusan perbankan sebenarnya palsu.

“Selain Suboh, tandatangan bekas Ketua Eksekutif SRC International, Nik Faisal Kamil dalam surat arahan perbankan untuk urus niaga juga kemungkinan palsu namun ianya tidak dapat diselesaikan oleh pendakwaan.

“Pendakwaan juga tidak dapat jelaskan mengapakah bank boleh menerima cek dengan membenarkan transaksi walaupun hanya diberikan tandatangan berbentuk soft copy yang sepatutnya tidak dibenarkan mengikut peraturan bank.

“Ini semua antara contoh yang saya boleh kemukakan kepada mahkamah bagaimana SRC mahupun urusan dengan bank begitu tidak terurus,” katanya di hadapan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tambah Shafee, ‘terang lagi bersuluh’ transaksi tersebut tidak sah dan salah kerana tidak dipersetujui sebagaimana yang dimuktamadkan dalam kontrak antara bank dan pelanggannya.

Jelasnya, kenyataan Nik Faisal yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendedahkan bahawa dirinya tidak tahu menahu tentang transaksi RM42 juta.

“Jadi soalnya sekarang, siapakah yang melakukan transaksi itu?,” soal Shafee.

Najib berdepan tujuh pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International yang masuk ke dalam akaun banknya antara Disember 2014 dan Februari 2015.

Beliau didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Hujah2 yang mantap!

    Pendakwaan pula hanya berdasarkan hearsay dan tidak membuktikan apa2? Hanya berdasarkan percaya itu dan ini!

  2. Ini baharu saja perbicaraan di mahkamah dunia pendakwa gagal mengetengahkan sebarang bukti konkrit. Di mahkamah akhirat nanti bagaimana para pemfitnah itu mahu pertahankan fitnah mereka menuduh Najib melakukan kesalahan jenayah yg tidak dilakukannya? Ingat yer, seksa kubur sudah cukup dahsyat, apatah lagi seksa akhirat.

  3. Ingat kena buktikan pertuduhan melebihi keraguan munasabah… dan ingat ni baru High Court, belum lg Appeal court, jauh lg Federal Court.. Court lain jgn citer lagi.. si tom siang2 dah cabut, silap2 leh wat kes kat dia.. Kita pilihanraya dulu jwb ya…

  4. Tak nampak pula bukti2 dari pihak pendakwaan mengatakan yang Najib menyuruh mereka memasukkan duit kedalam akaunnya dalam bentuk surat ke, memo ke, rekod perbualan ke, minit mesyuarat ke atau apa2 medium atau dokumen yang lain.

    Yang selalu dikatakan hanyalah hearsay dipercayai, diyakini, difahamkan!

    Boleh jatuh hukum ke kalau macam ni?

  5. Kes liwat, mahkamah tak jatuh hukum kalau tiada bukti kukuh! Tapi kalau dah ada bukti kepala sperm sama dengan DNA seseorang, terus jatuh hukum, TIADA KERAGUAN!

    Kes Najib, pihak pendakwaan gagal membuktikan Najib pindah RM42 juta ke akaun peribadi. Setakat hearsay kami yakin, kami percaya, kami itu, kami ini, boleh ke jatuh hukum? Cek pun tandatangan PALSU.

Comments are closed.