Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

KAJANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tegas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof memberi jaminan beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam Kabinet ketika ini.

Malah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan, beliau akan terus bekerjasama di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membangun negara yang berdepan suasana mencabar selepas pasca wabak Covid-19.

Beliau turut menjelaskan spekulasi yang melibat dirinya sejak kebelakangan ini dicetuskan oleh pihak tertentu bagi mengganggu gugat kestabilan kerajaan Perikatan Nasional.

“Banyak spekulasi dan cercaan kepada beberapa pemimpin akan meletak jawatan.

“Saya tidak letak jawatan dan tidak akan letak jawatan serta akan terus bekerjasama dalam Kabinet.

“Mengenai kemelut yang melanda Bersatu, tidak perlu saya ulas kerana telah diperjelaskan oleh Setiausaha Agung parti hari ini.

“Apa yang saya ingin tegaskan, keyakinan Bersatu tidak lari daripada landasan asal di mana saya sama membantu mengasaskan parti dan kepada ahli baharu dan lama, marilah kita bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab spekulasi seorang menteri Kabinet akan meletak jawatan petang ini yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Redzuan berharap penjelasannya akan menamatkan spekulasi beliau akan meletak jawatan pada masa akan datang.

“Hari-hari orang tanya saya (letak jawatan) dan saya harap lepas ini tiada lagi spekulasi Pak Wan letak jawatan.

“Mungkin nama saya sering disebut kerana saya bukan ahli politik sebelum ini,” katanya.

Mohd. Redzuan turut mengakui pertemuan dengan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah sebagai peribadi.

Jelasnya, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab ke atas kesatuan parti, beliau mahu mendengar sendiri daripada lensa Mahathir dan bukannya daripada cakap-cakap orang.

“Saya juga bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden) baru-baru ini dan kami pun hanya berbual santai sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pulak dah!

    Mungkin dah berpuas hati dengan PANGKAT yang ada sekarang? Berbanding seorang tu yang telah menolak jawatan TIMBALAN MENTERI? Mungkin mau PANGKAT MENTERI PENUH?

    Kah..kah..kah..

    TAK SIAPA KESAH PUN!!!

  2. Walaupun baru SETAHUN JAGUNG dalam politik, TAPI MAMAT ni tampaknya kuat bermain politik!

    Politik murahan, mahu mencari PUBILISITI MURAHAN ke apa?

Comments are closed.