Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Selaku Presiden Bersatu dan orang Johor, adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat berunding agar UMNO memberikan laluan bertanding di Kota Tinggi dan Pengerang tanpa tentangan?

Itu persoalan dibangkitkan oleh pemimpin Bersatu yang dipecat, Dr. Maszlee Malik.

Menurutnya, di kawasan yang rata-rata pengundinya bukan Melayu yang telah disandang Bersatu sebelum ini, tidak lagi akan diberikan kepada Bersatu kerana kemenangan di bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini ialah hasil dari sokongan DAP.

“Peluang untuk menang di kawasan seperti ini di bawah PN (Perikatan Nasional) sangat- sangat tipis. Kawasan-kawasan sebegini akan dibolot oleh MCA dan MIC. Kawasan tersebut adalah Tapah, Tanjung Piai, Alor Gajah dan Simpang Renggam.

“Di Pantai Timur pula sebagai contoh, Bersatu boleh tutup kedai kerana tidak ada sebab Bersatu perlu bertanding di sana.

“16 kerusi daripada 34 kerusi yang ditandingi Bersatu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, semua kerusi Bersatu kalah dengan mendapat undi hanya 101,488 dari 884,773 jumlah undi, menjadikan undi popular Bersatu di pantai timur hanya 11.5 peratus.

“Saya memberikan senario yang mudah sebegini untuk memahamkan ahli dan akar umbi, bergayut di atas dahan PN adalah jalan yang sukar dan payah.

“Itupun jika PN setuju ditubuhkan oleh UMNO dan Pas,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam dalam bebenang di Twitternya hari ini.

Hakikatnya sampai hari ini, tidak ada sebarang kenyataan pun dari UMNO yang mengesahkan untuk bertanding di PRU-15 menerusi PN.

Bersatu juga tidak akan lagi menjadi parti dominan di bawah PN sekiranya ia ditubuhkan, katanya.

“UMNO ialah parti dominan dan sudah tentulah calon Perdana Menteri bukan lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi daripada UMNO. Calonnya sudah tentu Datuk Seri Najib Razak atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Lagi pun, UMNO sekarang mempunyai 39 kerusi sementara Bersatu hanya memiliki 12 kerusi (jika tidak ditolak 5 kerusi yang kononnya telah terhenti keahlian mereka) termasuk 14 MP yang lompat ke Bersatu dari UMNO.

“Adakah 14 MP UMNO yang lompat ke Bersatu akan kembali semula kepada UMNO dan bertanding mempertahankan kerusi mereka atas tiket UMNO bukan Bersatu kerana mereka sebelum ini menang atas tiket UMNO?” soalnya.
·
Menteri Besar PN juga bukan lagi didominasi dari Bersatu berikutan bertukarnya kerajaan negeri di Johor, Melaka, Kedah.

“Dalam bahasa mudah, pimpinan Bersatu sekarang telah mengadaikan negeri-negeri tersebut demi sokongan politik kepada seorang individu. Ini tidak pernah berlaku di zaman PH,” katanya.

Di Perak sebagai contoh, barisan exco didominasi oleh UMNO seramai 6 orang daripada keseluruhan 11 Exco Perak.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. tidak payah jadi berputar belit2 mcm Atok dan yb pula menjadi batuapi kpd bangsa melayu islam juga keharmornian kaum dlm PN<BN<MN.sekarang yb sdh jadi ahli bebas,adalah lebih baik fikir nak masuk parti mana sebagai wadah perjuang yb n gang Atok

  2. Ko jugak mengaku ko hidup atas ihsan undi penyokong DApigs. Jadi confirmed lah ko memang barua mereka. Cakap kena pikir, jangan sampai buka kurap didada. Apa guna hidup kalau bergantung kepada orang kafir. Ingat lah peringatan Allah.. Jangan jadi orang Munafik… Allah yg cakap

    QS. 4. An-Nisaa’ : 138-139.. “Kabarkanlah kepada orang-orang MUNAFIQ bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.”

  3. PUCUK PANGKAL IALAH IKHLAS DALAM PERJUANGAN….TANPA PREJUDIS/HIPOKRIT….BERTANGGUNGJAWAB PADA AMANAH YG DIBERI….BUKAN BERCAKARAN KERANA GILA KUASA PANGKAT HARTA DAN KRONI2… PAS YANG PERNAH MENANG MAJORITI TIPIS 2 DUN SEKITAR 90an DAPAT KEKAL HGGA SKRG W/PUN KETIKA ITU MENANGGUNG HUTANG YANG BANYAK DITINGGALKAN.INI KERANA PERJUANGAN PAS ADALAH POLITIK ISLAM SERTA DAKWAH UNTUK MENDAPATKAN RAHMATAN LIL ALAMIN.SYUKURLAH WPUN DITOHMAH PAS AKAN KECUNDANG DI KLTN TERENGGANU PADA PRU14 SERTA DIFITNAH RM90JUTA/1,4JUTA DGN KUASA ALLAH DAPAT PERTAHANNYA…SEGALANYA KITA AKAN JAWAB DI MASYAR KELAK.

  4. Tak payah sibuk laaa Mazlee ketot…ko ni bukan Ahli Bersatu jgn sibuk laaa..ko pi sana jilat Guan Eng

  5. Dr Maszlee juga berpaut atas dahan rapuh Tun M dan bakal jatuh ke tanah bagai nangka busuk dan di biarkan sahaja oleh Tun M. Esh esh esh dahsyat dan bodohnya dia bersekongkol dengan raja pemfitnah penyamun dan penipu. Oh ye nak belajar jadi kaki klepet Dr Maszlee perlu belajar dengan Tun M. Nanti boleh lah jadi billionair

Comments are closed.