Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Dua suspek warga Bangladesh yang terlibat dalam proses pemalsuan dokumen keputusan ujian negatif Covid-19 sejak dua minggu lalu direman selama 14 hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek yang ditahan semalam dalam serbuan di dua premis di Jalan Alor, ibu negara direman sehingga 19 Jun ini di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Reman imigresen terhadap suspek-suspek itu adalah selama 14 hari bermula 6 Jun hingga 19 Jun ini.

“Lain-lain perkara masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan susulan yang dikeluarkan hari ini berhubung pembongkaran dan penahanan kedua-dua suspek itu.

Beliau juga menjelaskan polis akan terus membanteras sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19.

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan sindiket sebegini dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” tegasnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sindiket jual dokumen palsu ujian Covid-19 dibongkar, warga Bangladesh dicekup