SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai sebanyak RM600,000 dipercayai milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari rumah dua anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik daripada  laporan The Star berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman susulan kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

“Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” katanya.

SPRM turut merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang telah disalahgunakan.

Terdahulu  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Perikatan Nasional (PN) menggunakan SPRM untuk memberi tekanan kepada parti pembangkang khususnya yang menyokong beliau.

SPRM sebelum itu menolak dakwaan itu dan menegaskan siasatan yang dilakukan bukan bermotif politik dan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.-MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Wow! baru 22 bulan dah ada 600k? tu baru armada tu..belum lagi bapak armada dan atok 95 tahun…mau berjuta simpan tu..ufttt

  2. Makin lama makin kepanasan atuk dan kroni2.. Makin byk kebenaran terbongkar… Tahniah sprm.. Siasat lg… Kalau boleh sekali yg atas2 dlm PH… Wang bon samurai blom di bongkar lagi

  3. Muda2 lagi anggota Armada ni sudah punyai CASH ratusan ribu ringgit disimpan didalam rumah!

    Ni kepimpinan melalui teladan ke apa?

  4. Siasat korek sedalam-dalamnya kesemua dari akar umbinya sampai terkeatas sekali disegenap penjuru.Rupa-rupanya ini pekerjaan utama yang dibuat selama 22 bulan memerintah. Dikatakan duit negara dah tak ada habis.Inilah masanya diambil tindakan keras dan bongkarkan semua agar rakyat tahu siapa sebenarnya PH. Ayuh mari kita tengok lagi selepas ini.

  5. Atok Deq pun satu tongongnya… Yg hilang duit beratus ribu dirumah tu “hakmilik makbapak sanaksaudara” Sedeq siKera Dan buat report polis, tololll… Pdrm siasatlah nanti Hatok Pale Deq fitnah polis “main teloq” jer. Siasat punya siasat terlibat duit Haram diseleweng oleh parti bunga!! Polis kene tarik hands brake macam Hatok deq tu ker? Tak pasal pasal tergolek dog nanti… kes JebMah pale Hatok deq taknak bantah ke supaya tidak didakwa? Dah nyanyuk tu simpan bawak mati jangan bagi ke rakyat ye..

  6. Untunglah 22 bulan dah byk duit. Dapat mana tu? Jgn jwb tak tahu, tak igt… awass ye.

  7. Panas bontot Sadik Segaraga dan konco2nya. Kami sokong SPRM …teruskan bongkar dan dakwa. Jatuh hukum maksima dgn impak maksima.

Comments are closed.