Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Penduduk Langkawi meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad melupakan agenda politik ‘merampas’ semula kuasa dan membiarkan mereka terkapai-kapai.

Rata-rata mereka mendakwa semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan, tidak ada sebarang perkara dibuat yang menguntungkan mereka di pulau berkenaan.

Sebagai ahli Parlimen Langkawi, mereka menganggap sudah tiba masa Mahathir melayan kehendak mereka yang juga pengundinya semasa PRU-14.

Bagi seorang pengusaha perkhidmatan kereta sewa di Langkawi, Zunaidee Kasa berpendapat sudah tiba masanya Mahathir menghentikan segera setiap tindak tanduk politik subversif kononnya bagi mengembalikan mandat rakyat, sedangkan ketika berkuasa, beliau sendiri tidak menunaikan amanah.

Zunaidee Kasa

“Cukup-cukuplah Tun M bermain politik, kerana kami sebagai rakyat marhaen sudah jemu lihat percaturan politik yang dimomokkan sedangkan dalam masa sama soal kebajikan kami tidak pula dipertahankan.

“Apakah jasa dan sumbangan Tun M selama 22 bulan bergelar PM dan Ahli Parlimen Langkawi?. Malah lebih sedih lagi, setiap kali diminta bantu kebajikan rakyat di sini alasan diberikan Tun M sama, kerajaan tidak ada duit tetapi membuat pejabat Ahli Parlimen Langkawi RM80,000 boleh pula,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Mahathir, anaknya yang juga Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga didakwanya tidak komited membantu rakyat Kedah termasuk Langkawi terutama ketika wabak Covid-19 mula melanda dahulu.

“Beliau (Mukhriz) adalah Menteri Besar Kedah tetapi selesa duduk di Kuala Lumpur. Jadi apa sebenarnya peranan beliau sebagai MB. Kami amat sedih apabila kerajaan turut ditadbir sama seperti sebuah perniagaan keluarga.

“Semua rakyat tahu, anak-anak Tun M ada yang bergelar bilionair tetapi apa jasa mereka kepada negara dan Langkawi sebagai daerah yang jadi tapak berjejak untuk mereka kekal berkuasa,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga, Fatimah Abd. Hamid mengakui kecewa dan letih dengan permainan politik pihak tidak bertanggungjawab yang secara tidak langsung menjejaskan mata pencarian mereka di pulau bebas cukai itu.

Fatimah Abd Hamid

“Apa matlamat dan objektif mereka untuk menumbangkan kerajaan. Walaupun baru tiga bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin negara, rakyat sudah selesa dengan nikmat yang dikongsi bersama.

“Kami penjaja kecil sudah letih dengan permainan politik hari ini, sudah-sudahlah, walhal dulu selama 22 bulan mereka memerintah kami hendak minta dana pun susah. Jadi, jangan tergopoh-gapah nak jatuhkan kerajaan hari ini,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Langkawi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berpendapat, usaha untuk menukar kerajaan amat tidak tepat dan tidak perlu diteruskan ketika negara sedang dalam pemulihan ekoran pandemik Covid-19.

Zainudin Kadir

“Dalam keadaan industri pelancongan negara dan Langkawi khususnya lumpuh, agenda politik itu tidak wajar dilaksanakan ketika pemain-pemain industri perlu bergantung kepada kerajaan untuk bangkit kembali,” katanya.

Tambah beliau, peluang seharusnya diberikan kepada kerajaan untuk memimpin sehingga habis penggal atau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sama ada rakyat menerima atau tidak untuk membuat keputusan.

Bagi pemandu teksi, Ramli Ahmad, pula, semua pihak tanpa mengira ‘bendera politik’ perlu mengenepikan sebarang usaha untuk menukar kepemimpinan negara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kestabilan ekonomi terlebih dahulu.

Ramli AhmadMenurutnya, tindakan merebut kuasa hanya akan menjejaskan usaha memulihkan ekonomi negara, walaupun pelbagai langkah dan inisiatif telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Ramai rakyat sudah hilang pekerjaan, ada perniagaan yang telah ditutup. Mengapa mahu memeningkan lagi kepala kami memikirkan masalah politik setiap masa. Kita faham ini negara demokrasi tetapi dalam keadaan begini sewajarnya bersama-sama bekerjasama memikirkan masalah negara yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

Pendapat sama dikongsi Pengerusi Koperasi Peniaga Pasar Malam Langkawi, Yusof Zakaria yang merayu ahli politik memikirkan cara hendak membantu rakyat dan peniaga yang terjejas terlebih dahulu.

Yusof Zakaria

“Melihat kepada isu semasa ketika ini, sebagai rakyat kami turut keliru dan pening melihat kerenah pihak tertentu. Jadi, kalau boleh letak tepi dahulu politik dan fokus bantu usahawan,” katanya.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

 

5 Komen

  1. KEMATIAN TIDAK DI UNDANG DATANG….TETAPI TIDAK MALU MENJEMPUT TANPA KIRA MASA SITUASI DAN TEMPAT…..SEGALANYA TINGGAL BEGITU SAHAJA HANYA 3 PERKARA SEBAGAI BEKALAN TALIAN HAYAT DI SANA NANTI……..MAKA ITULAH PENAMATNYA.

  2. Slm,rkyat dah bosan dgn permainn politik tun m bersama kroni2 anak2nya,jdi rkyat jemu dah dgn politik tun m, ketika tun m jdi PM 22 bulan apa yg tun m buat?…..jdi kami rkyat M’sia tak setuju krjaan kini PN perlu di beri ruang sehingga habis penggal, lepas tu baru kita buat perhitungn pru ke-15 pula,rkyat akan tentukn habuan parti politik ddlm M’sia nanti lihat shjla nasib parti politik masing2 renung2knlah masa depan kamu wahai pemimpin2 parti2 politik masing, xx perlu main catur politik lagi nooo, rkyat M’sia bukan sebodoh dulu lagi noooo!
    والسلام.. Wsslm.

  3. Itulah lain kali jgn undi TM ,takkan tak kenal tengok KEDAH ada kemajuan ke,dia sebok berpolitik

  4. lupakan saja lah atok stay at home jer ler main dgn cucu2 …tak payah lah berangan nak jd pm lagi…..buat2 atok sebok nak berebut2 jwtan pm ….tsmy bubar parlimen …..buat pru15…..mmg tak lag orang nak sokong ph…..lagi atok malu besar nnti

Comments are closed.