Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hadir pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Sistem aplikasi MySejahtera mengalami kesesakan luar biasa akibat pendaftaran 700,000 orang secara serentak dalam masa seminit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, masalah tersebut menyebabkan ramai berdepan kesulitan untuk mendaftarkan diri dengan MySejahtera bagi mendapatkan RM50 yang akan dikreditkan oleh kerajaan.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memasukkan RM50 ke adalam akaun e-dompet pengguna bermula Julai ini sebagai langkah menggalakkan kebiasaan baharu ke arah digitalisasi dalam segala urusan jual beli harian rakyat.

“Memang betul, susulan pengumuman kerajaan mengenai RM50 ke akaun e-dompet pengguna semalam, pendaftaran menjadi sesak dalam sistem setelah rakyat memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Kini terdapat 700,000 pendaftaran secara serentak dalam masa singkat satu minit.

“Jasi saya nasihatkan mereka yang ingin memuat turun aplikasi ini mungkin kita laksanakan ‘penjarakan sosial’,” katanya dalam sidang media perkembangan semasa pandemiki Covid-19 hari ini.

Menurutnya sekiranya penjarakan sosial dari segi masa diamalkan setiap individu, kesesakan sistem pendaftaran dalam MySejahtera boleh ditangani secara berkesan.

Dr Noor Hisham berkata, jika sejuta atau dua juta orang menyerbu dan cuba mendaftar dalam aplikasi tersebut pada satu-satu masa sememangnya akan mengakibatkan masalah gangguan sistem.

“Kita memang mahu melihat bagaimana boleh menangani masalah ini dan berkemungkinan tempoh pendaftaran dalam aplikasi ini dilanjutlkan selama 24 jam atau seminggu membolehkan semua individu boleh mendaftarkan diri dalam tempoh singkat tanpa gangguan teknikal,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast