Bendera pakatan harapan
Foto hiasan

JOHOR BAHRU – Penganalisis politik dan isu semasa senada berpendapat bahawa Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan besar akan kecundang sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, peluang PH untuk merampas semula Johor dalam pilihan raya negeri adalah sangat tipis.

“Pembubaran DUN pada masa ini sebenarnya tidak berpihak kepada PH terutamanya kerana PH gagal menunjukkan prestasi yang baik selama memerintah selama dua tahun.

“Disebabkan COVID-19, kempen mereka juga akan berdepan kekangan,” katanya kepada Oriental Daily.

Pelbagai spekulasi telah kedengaran di Johor termasuk mengenai kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan negeri.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat terus berlaku.

Seorang lagi penganalisis, Hong Wei Xiang pula berpendapat, sekiranya PH berjaya memerintah semula di peringkat Persekutuan, maka ia boleh menggunakan sumber yang ada untuk mengelakkan pembubaran DUN Johor.

Keadaan itu, katanya, akan membolehkan PH merampas semula DUN Johor tanpa melalui pilihan raya.

“Jika PH mahu merampas Johor tanpa berkuasa di Persekutuan, maka DUN Johor berkemungkinan besar akan dibubarkan.

“Menteri Besar Johor boleh menasihatkan Sultan Johor untuk membubarkan DUN dan UMNO tidak gentar untuk berdepan pilihan raya negeri.

“Saya boleh katakan bahawa memang ada kemungkinan besar bahawa DUN Johor akan dibubarkan,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Sangat bagus jika pembubaran DUN Johor. Itulah langkah terbaik.. Hapuskan PH/D4P dari DUN negeri Johor walau 1 kerusi pun…

Comments are closed.