Foto hiasan

KUCHING – Tiga daerah di Sarawak kini bertukar status dari zon kuning kepada zon hijau setelah 14 hari tiada kes positif COVID-19 dicatatkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumka tiga daerah tersebut ialah Tanjung Manis, Bintulu dan Serian.

“Dengan perubahan ini, jumlah daerah berstatus kuning setakat hari ini ialah sebanyak tiga buah dan daerah berstatus hijau ialah sebanyak 37 buah,” menurut jawatankuasa itu.

Untuk rekod, hari ini Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19, menjadikan  jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 555 kes.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast